Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday, 10 October 2017

Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) Prasekolah

Pada 09 Oktober 2017 (Isnin), Prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) yang bertujuan untuk mendidik murid-murid prasekolah mengenai kepentingan menjaga diri dari bahaya gangguan seksual dan mengenalpasti perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif.


Menerusi program ini, murid-murid prasekolah dan juga ibu-bapa yang ikut serta turut didedahkan dengan simptom-simptom penderaan seksual, tanda-tanda mangsa penderaan seksual, peranan ibu bapa dalam menangani jenayah seksual kanak-kanak dan juga tindakan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu pada kanak-kanak.

Program ini di bawah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan ahli jawatankuasa program adalah seperti berikut:

Penasihat: En. Issnu Dollah (Guru Besar SK Sambir)
Pengerusi: En. Samsudin Uas (Penolong Kanan Pentadbiran Kurikulum)
Penyelaras program: Puan Noraini Mat (Guru Prasekolah Kasih)
Penolong penyelaras: Pn. Siti Zauwiah Hadzli (Pembantu Pengurusan Murid)
AJK disiplin: En. Mohd. Ridzuan Md. Nor (Guru Pendidikan Islam)
AJK Dokumentasi: Cik Nur Azshieldha Sahran (Juruteknik Komputer)
*semua ibu bapa prasekolah terlibat

Antara penerangan yang disampaikan dalam program tersebut adalah seperti berikut:

Apakah penderaan seksual kanak?
Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya, atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.

Apakah tanda-tanda penderaan seksual?
  • Mengigau, sukar tidur, takut kepada keadaan gelap
  • Perubahan tingkah laku-takut, marah, menyisihkan diri
  • Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu
  • Kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak dewasa
  • Masalah perhubungan
  • Berasa tidak berupaya/tidak berdaya
  • Berahsia
  • Sering bercakap tentang rakan baharu yang lebih dewasa
  • Mencederakan diri atau kecenderungan membunuh diri
  • Menagih dadah atau alkohol
  • Memakai pakaian berlapis-lapis
  • Maruah diri yang rendah
  • Berperangai seksual
  • Gagal memberi tumpuan
  • Gangguan pemakanan
  • Lain-lain (tidak semua mangsa menunjukkan tanda-tanda yang sama)
Bagaimana ibu bapa boleh melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa jenayah seksual?
  • Mendidik anak supaya melindungi tubuh badan
  • Membiasakan anak-anak untuk tidak membenarkan orang lain berkelakuan tidak sopan pada diri mereka
  • Mengingatkan anak agar tidak mengikuti orang yang tidak dikenali walau apapun alasan yang diberi.
  • Memastikan anak-anak mendapat kebenaran sebelum pergi ke mana-mana.
  • Meminta anak-anak supaya tidak berahsia khususnya yang melibatkan masalah tubuh badan.
  • Mendidik anak-anak untuk tahu maklumat peribadi seperti nama diri sendiri, alamat rumah, nombor telefon rumah, dan nombor telefon ibu-bapa.
  • Memastikan anak-anak tidak terlibat dalam sebarang permainan yang membabitkan sentuhan anggota seksual.
Apakah tindakan yang perlu diambil jika kanak-kanak mula memberitahu?
  • Percaya: Mempercayai kanak-kanak dan membantu mengatasi trauma yang mereka alami
  • Bertenang: Berikan kesabaran dalam membantu mengembalikan maruah mereka
  • Tegas: Perasaan mereka mesti dipandang serius dan tegas
  • Bimbingan: Mangsa perlu diyakinkan semula dan dibimbing untuk menghadapi situasi
  • Sokongan: Mangsa perlu tahu bahawa anda sentiasa ada di sisi mereka dan sama-sama melaluinya.
  • Buat laporan: Laporkan kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam

GALERI PEERS PRASEKOLAH KASIH SK SAMBIR


















@sksambir2017

No comments:

Post a Comment