Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 30 December 2016

Pendaftaran Sesi Persekolahan SK Sambir Tahun 2017

Pada hari Jumaat 30 Disember 2016, pendaftaran sesi persekolahan SK Sambir untuk tahun 2017 telah diadakan. Sebelum pendaftaran bermula, ibu-bapa dan murid-murid telah berkumpul di dewan sekolah untuk sedikit taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir, Cikgu Issnu Bin Dollah. Selepas taklimat selesai, pendaftaran murid-murid bermula di kelas masing-masing. Pendaftaran sesi persekolahan bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pukul 10 pagi.

Galeri Pendaftaran Sesi Persekolahan SK Sambir

Ibu bapa dan murid berkumpul di dewan sekolah

\
Guru Besar SK Sambir, Cikgu Issnu Bin Dollah 
memulakan taklimat ringkas.

Ibu-bapa bersama anak masing-masing

Banner Selamat Datang dari Sk Sambir

Murid-murid berada di dalam kelas masing-masing

Guru kelas bersama penolong guru kelas 
menyemak borang pendaftaran

Guru kelas mencatat perkara-perkara penting
semasa pendaftaran

Sesi pendaftaran di prasekolah

Suasana pendaftaran di prasekolah

Guru Besar SK Sambir, Cikgu Issnu melawat 
setiap kelas ketika sesi pendaftaran murid di-
jalankan


@sks2016

Sesi Persekolahan 2017 Bersama Bank Rakyat

Pada hari Rabu 28 Disember 2016, pihak Bank Rakyat Cawangan Samarahan datang ke sekolah untuk meraikan sesi persekolahan SK Sambir 2017 yang bakal bermula pada 3 Januari 2017. Pihak Bank Rakyat Cawangan Samarahan menyerahkan set kalendar untuk kegunaan pejabat dan juga poster. Warga SK Sambir mengucapkan terima kasih di atas perhatian Bank Rakyat dalam meraikan sesi persekolahan tahun 2017.



@sks2016

Monday 5 December 2016

Senarai Guru Besar SK Sambir

Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Sambir dari awal penubuhannya sebagai sekolah kerajaan sehingga kini:


Sufian Bin Basri
(2019-kini)

Haji Issnu Bin Dollah
(2016-2018)

Encik Mohamad Rabaai Bin Sedek
(2012-2016)

Encik Latif Bin Jem
(2006-2012)

Allahyarham Encik Dollah Bin Haji Musa
(2005-2006)

Tuan Haji Abu Talip Bin Embang
(1994-2005)

Encik Kram Bin Haji Saini
(1987-1994)

Encik Awang Daichang Bin Awang Haji Bujang

Encik Mohamad Kudus

Allahyarham Encik Abdul Wahab Bin Hassan
(1969-1971)


@sksambir2016

Lencana SK Sambir


  • Bentuk bulat sebagai bentuk asas logo melambangkan permuafakatan
  • Buku melambangkan bahawa ilmu adalah penting dalam kehidupan seharian. Justeru ia perlu ditimba dengan semangat yang tinggi
  • 5 gelung yang bertindih di antara satu sama lain membawa makna pendidikan sahsiah yang diberikan adalah berlandaskan 5 prinsip Rukun Negara.
  • Obor membawa erti semangat kesukanan.
  • Warna merah bermaksud semangat yang kuat di kalangan pendidik dalam usaha menyampaikan ilmu kepada murid ke arah menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
  • Warna biru melambangkan perpaduan dan semangat kerjasama yang kuat di kalangan warga sekolah dengan masyarakat luar dalam usaha ke arah pembangunan dan kemajuan sekolah.
  • Warna kuning bermakna peranan menyalurkan pendidikan di sekolah adalah berlandaskan kepada peraturan dan undang-undang.
Info: lencana sekolah dikemaskini pada tahun 2016


@skss2016