Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 26 July 2019

Penyerahan Bantuan KWAPM SK Sambir 2019 [sarana]

Pada 26 Julai 2019 (Jumaat), penyerahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah diadakan di dewan sekolah SK Sambir. Ia merupakan salah satu usaha pihak sekolah bagi membantu ibu bapa penjaga agar anak-anak mereka tidak tercicir di dalam persekolahan mereka, selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003.

Pada sesi penyerahan bantuan KWAPM, dianggarkan seramai lebih 30 orang ibu bapa penjaga telah hadir. Sesi dimulakan dengan ucapan dari PK Pentadbiran iaitu En. Faizal Bin Jarawi mengenai pengurusan bantuan tersebut dan seterusnya senarai nama penerima disampaikan oleh PK HEM iaitu En. Barawi Bin Leman. Urusan penyerahan bantuan ini turut dibantu oleh pembantu tadbir sekolah, Puan Nora Binti Endo.

Diharap bantuan yang diberikan kepada ibu bapa penjaga untuk anak-anak mereka dapat dimanfaatkan dengan baik agar persekolahan anak-anak mereka berjalan dengan lancar.





@sksambir2019

Tuesday 23 July 2019

Sesi Bergambar Program Hari Sarawak SK Sambir 2019

[Seluruh warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Program Hari Sarawak pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung]









@sksambir2019

Program Hari Sarawak SK Sambir 2019

Pada 18 Julai 2019 (Khamis), SK Sambir telah mengadakan Program Hari Sarawak yang diadakan lebih awal memandangkan 22 Julai merupakan cuti umum di Sarawak. Bertemakan  'Sarawak Negeriku', sambutan di peringkat sekolah ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah memupuk semangat patriotik dan kecintaan terhadap tanah kelahiran sekaligus mendedahkan kepada murid-murid mengenai sejarah Sarawak. Program ini di bawah pengurusan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Faizal Bin Jarawi dan aturcara program adalah seperti berikut:

0800-1000 pagi- Pertandingan mendeklamasikan sajak
1000-1030 pagi- Rehat
1030-1200 pagi- Pertandingan mewarna (Prasekolah dan Tahap 1) dan Pertandingan melukis poster (Tahap 2)
1230 tengah hari- Bersurai

Ahli jawatankuasa program adalah seperti berikut:

Pertandingan mewarna: Cikgu Yaana dan Ustazah Fauziah
Pertandingan melukis poster: Ustazah Simai dan Cikgu Othman
Pertandingan deklamasi sajak: Cikgu Rhamina dan Cikgu Normala
Bahan Pertandingan: Cikgu Cynthia dan Cikgu Normala
Pengacaraan: Cikgu Mohd. Nazrin
PA System: En. Zuraimi
Hadiah: Pn. Nora dan Cikgu Mohamad Ali
Doa/Disiplin Murid: Ustaz Nazrulah
Dokumentasi: Cik Nur Azshieldha

Melalui program ini diharap murid-murid dapat menanamkan rasa cintakan tanah kelahiran dan mengenali sejarah tempatan.

Gambar sepanjang program berlangsung:




Thursday 18 July 2019

Program Anti Dadah SK Sambir 2019

Pada 17 Julai 2019 (Rabu), SK Sambir telah mengadakan Program Anti Dadah peringkat sekolah. Bertemakan 'Komuniti Tanggungjawab Kita', ia merupakan salah satu usaha pihak sekolah memberi kesedaran kepada murid-murid mengenai bahaya dadah terhadap manusia. Program ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Sambir sendiri iaitu En. Sufian Bin Basri dan aturcara program adalah seperti berikut:

0800-1000 pagi: Ceramah Anti Dadah (disampaikan oleh Cikgu Mohd. Nazrin)
1000-1030 pagi: Rehat
1030-1230 tengah hari: Pertandingan mewarna (Prasekolah dan Tahap 1) dan Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)

Ahli jawatankuasa program adalah seperti berikut:
  • Pertandingan mewarna: Cikgu Yaana dan Ustazah Fauziah
  • Pertandingan melukis poster: Ustazah Simai dan Cikgu Haji Junaidi
  • Persiapan dewan: Cikgu Othman
  • PA System: En. Zuraimi
  • Doa/disiplin: Ustaz Nazrulah
  • Pengacaraan: Cikgu Mohd. Nazrin
  • Hadiah: Puan Nora dan Cikgu Mohamad Ali
  • Bahan pertandingan: Cikgu Cynthia, Puan Normala dan Cikgu Sabariah
  • Dokumentasi: Ustaz Nazrulah
Melalui program ini diharap murid-murid mendapat maklumat mengenai kesan dadah terhadap manusia di dalam kehidupan dan kenapa dadah mesti ditentang habis-habisan.

Gambar sepanjang program berlangsung:










@sksambir2019

Wednesday 10 July 2019

Sekolah Transformasi (TS25) SK Sambir

Pada tahun ini, SK Sambir telah dipilih menjadi Sekolah Transformasi di daerah Asajaya dan ia di bawah Program Transformasi Sekolah (TS25). Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan 
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti/berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
Objektif:
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Matlamat dan Teras:
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan penglibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Halatuju Sekolah:

Sekolah Kebangsaan Sambir komited untuk membangunkan insan yang seimbang merangkumi kemenjadian sahsiah, akademik, dan kokurikulum, diterajui kepimpinan yang berkesan dan berwawasan melalui pembelajaran yang aktif lagi bermakna oleh guru yang berkualiti dalam persekitaran yang kondusif dan inofvatif, disokong oleh penglibatan ibubapa dan komuniti yang padu.

Kerangka TS25

Kerangka Sekolah Berkualiti

Kerangka Kemenjadian Murid



Antara aktiviti yang telah dijalankan dan dilaksanakan oleh SK Sambir, selari dengan keperluan Program Sekolah Transformasi (TS25):
  • Sudut Pidato/Speaker's Corner
  • Ujian Permata Pintar
  • Jom Membaca 10 Minit
  • Program Transisi Tahun 1
  • Digital Competency Standard (DCS)
  • FROG VLE
  • Aktiviti Pemakanan Prasekolah
  • Choral Speaking Competition District Level
  • Smarter Phonics
  • Kem Motivasi UPSR
  • MILO KPM Activ Jam Competition
  • Aspirasi Pagi
  • Senamrobik Kelab Doktor Muda
  • Hour of Code
  • Highly Immersive Programme (HIP)
  • Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSSR Samarahan
  • Program Inspirasi YaPEIM
Antara aktiviti yang disertai dan melibatkan SK Sambir, selari dengan keperluan Program Sekolah Transformasi (TS25):
  • Program Majlis Tadarus Quran (MTQ) Peringkat Samarahan
  • Poetry Recitation anjuran SK Haji Kelali, Semera
  • Program Smart Ibadah (Smart-i) IKIMS
  • Pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC
  • Kem Tahsin Qiraat dan Bestari Solat Daerah Samarahan 
  • Kejohanan Bola Sepas 7'S 1 Murid 1 Sukan
  • Choral Speaking Competition District Level
  • Junior Innovate
  • Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSSR Samarahan
  • Program IT Week UNIMAS
  • Kejohanan Bola Baling MSS Sarawak
  • MSSRD Bola Baling 
  • Junior Leader Camp SMK Hajjah Laila Taib
  • Ihtifal Solat anjuran PPD Samarahan
  • Pertandingan Bola Sepak B12 anjuran SK Jaie
  • Public Speaking District Level anjuran SK Moyan Laut
  • Pertandingan Nyanyian Solo Irama Tradisional Peringkat Samarahan

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ikuti Instagram SK Sambir (@sksambir) dan channel SKsambir Samarahan di Youtube. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel sksambir@gmail.com

@sksambir2019

Friday 5 July 2019

Perjumpaan Pentadbir Sekolah & Guru Tahun 6 bersama Ibu Bapa Penjaga [sarana]

Pada 05 Julai 2019 (Jumaat), perjumpaan pentadbir sekolah dan guru Tahun 6 bersama ibu bapa murid Tahun 6 telah berlangsung di dalam kelas Tahun 6. Perjumpaan yang bermula sekitar jam 8:15 pagi itu dihadiri 13 orang ibu bapa penjaga. Perjumpaan itu diadakan  bagi membincangkan beberapa perkara seperti:

  • keputusan AR2 murid Tahun 6,
  • persediaan sebelum peperiksaan UPSR
  • masalah pembelajaran yang dihadapi murid
  • subjek yang lemah
  • sikap murid ketika sesi PdP dan sesi kelas tambahan
Perjumpaan ini juga memberi peluang kepada ibu bapa penjaga meluahkan pendapat mereka mengenai keadaan anak-anak mereka. Diharap perjumpaan ini dapat membantu pihak ibu bapa penjaga memantau anak-anak mereka dengan lebih giat sebagai persediaan sebelum menghadapi UPSR, sekali gus membantu guru dalam memastikan murid benar-benar bersedia sebelum peperiksaan.

Aktiviti sepanjang perjumpaan:




Setiausaha peperiksaan dan guru subjek menerangkan prestasi murid Tahun 6:






Ibu bapa penjaga yang memberi pendapat sepanjang sesi perjumpaan:







Akhir sekali, guru besar memberikan sedikit ucapan sebelum mengakhiri perjumpaan: 


@sksambir2019