Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 26 February 2018

Kejohanan Bola Baling MSS Sarawak 2018

Pada 21-24 Februari 2018 (Rabu-Ahad), Kejohanan Bola Baling MSS Sarawak tahun 2018 untuk 12TKB dan 18TKB telah berlangsung di Stadium Tertutup Miri. Penolong Kanan Kokurikulum SK Sammbir, En. Mohamad Ali Yusup telah dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan lelaki telah bertolak ke Miri bersama seorang murid Tahun 6 SK Sambir yang dipilih menyertai pasukan, iaitu Mohd. Raziman Razi Abdullah

Kontinjen Pasukan Bola Baling Bahagian Samarahan 2018 adalah seperti berikut:

Ketua kontinjen: Pn. Aziah Bt. Samsudin (Pemangku PPD Samarahan)
Timbalan kontinjen: En. Daud Ak Injah (Pegawai Unit KK dan Sukan PPD Samarahan)
Pengurus Pasukan: Pn. Salbiah Bt. Samsudin (Guru Besar SK Niup)
Timbalan Pengurus: Pn. Norlia Bt. Tuah (Guru Besar SK Mang)
Pegawai Teknikal: Hamzah Johan (SK Jalan Muara Tuang)
Timbalan Pegawai Teknikal: En. Mohammad B. Gani ( SK Mang)
Ketua Jurulatih: En. Aini B. Suaidi (SK Jalan Muara Tuang)
Jurulatih pasukan lelaki: En. Muhammad Amirul B. Bashah (SK Ibnu Khaldun)
Pembantu Jurulatih: En. Mohamad Ali B. Yusup (SK Sambir)
Jurulatih pasukan perempuan: En. Rahim B. Jerawi (SK Mata Parang)
Pembantu Jurulatih: En. Mohd. Jaafar B. Ahmad (SK Segali Simunjan)
Guru Pengiring: Ustazah Suhaila Bt. Madian (SK Tanjung Tuang)/ Cik Priscilla Ak. Mandau (SK Tungku Bagus Sebuyau)
Pegawai Kebajikan: En. Awie Bin. Jemain (SK Niup)

Perlawanan antara pasukan lelaki Samarahan menentang pasukan Miri berlangsung pada 24 Februari 2018 dan di akhir perlawanan, pasukan Samarahan berjaya meraih naib juara sementara pasukan perempuan Samarahan berjaya meraih johan. Kami, warga SK Sambir mengucap tahniah dan syabas di atas kejayaan pasukan lelaki dan perempuan Samarahan yang bertungkus lumus di dalam kejohanan bola baling dan diharap kejayaan tersebut memberi inspirasi dan motivasi di dalam kejohanan sukan yang seterusnya.


Galeri Kejohanan Bola Baling MSS Sarawak 2018





@sksambir2018

Penyerahan Buku Panduan Pelaksanaan Pengurusan 1Bestarinet

Pada 22 Februari 2018 (Khamis), pihak UNICLIQ iaitu Pn. Azizah Ohamzah dan PPD Samarahan Unit Pengurusan ICT iaitu En. Ibrahim Bujang telah berkunjung ke SK Sambir untuk lawatan mengenai penggunaan FROG VLE di kalangan murid-murid serta menyerahkan buku panduan pelaksanaan pengurusan 1Bestarinet  untuk pentadbir sekolah kepada Guru Besar SK Sambir, En. Issnu Bin Dollah. 

Buku panduan tersebut merupakan penerangan mengenai pengurusan perubahan transformasi pendidikan melalui penerapan elemen pembelajaran abad ke-21 iaitu menerusi konsep Virtual Learning Environment (VLE). Brosur FROG VLE juga diserahkan untuk diedar kepada guru dan juga ibu bapa.




@sksambir2018

Thursday 22 February 2018

Program Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2018

Pada 12 Februari 2018 (Isnin), Program Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah berlangsung di ruang legar makmal komputer. En. Barawi Leman (PK HEM SK Sambir) selaku penyelaras program memberi penerangan mengenai penyerahan bantuan kepada semua ibu bapa yang  layak menerima wang tersebut.


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan satu bantuan yang diberi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk murid Tahun 1 sehingga pelajar Tingkatan 5. Bantuan sebanyak RM100 diberi kepada murid/pelajar dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah. Pemberian bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga murid/pelajar.


Menerusi program penyerahan BAP di SK Sambir juga, penasihat program iaitu Guru Besar SK Sambir menyampaikan ucapan ringkas dan seterusnya menyerahkan bantuan tersebut kepada ibu bapa yang hadir.



@sksambir2018

Monday 19 February 2018

Taklimat FROG VLE UNICLIQ

Pada 14 Februari 2018 (Rabu), pihak UNICLIQ telah berkunjung ke SK Sambir diiringi oleh wakil PPD Samarahan iaitu En. Ibrahim Bujang untuk taklimat berkenaan dengan penggunaan FROG VLE. FROG VLE merupakan platform pembelajaran secara maya untuk pelajar pada masa kini dan ia memerlukan penglibatan para guru serta ibu-bapa penjaga. Menerusi taklimat ini, murid-murid didedahkan dengan kelebihan menggunakan FROG VLE, pembelajaran alaf 21 dan bahan-bahan pembelajaran yang disediakan seperti video, audio, kuiz multimedia, e-book dan sebagainya.

Menerusi penerangan yang disampaikan oleh wakil UNICLIQ iaitu Puan Azizah Ohamzah,  beliau mendedahkan perubahan dalam pembelajaran di kalangan murid-murid dan dalam masa yang sama, beliau mengadakan kuiz ringkas sebagai info tambahan kepada murid-murid yang terlibat. Beliau berharap agar platform FROG VLE dapat digunakan secara optimum di kalangan murid-murid, guru dan ibu-bapa penjaga.

Galeri Taklimat FROG VLE

Taklimat bermula di makmal komputer

Ucapan ringkas dari Guru Besar SK Sambir

Sesi kuiz bersama murid-murid


Penglibatan ibu-bapa penjaga sepanjang taklimat berlangsung


Ibu bapa dan penjaga yang hadir

Taklimat berakhir


@sksambir2018

Thursday 8 February 2018

MSSRD Bola Baling 2018

Pada 07 Februari 2018 (Rabu), MSSRD peringkat daerah Samarahan untuk acara bola baling telah berlangsung di Stadium Tertutup Samarahan iaitu perlawanan antara SK Sambir dan SK Niup. Pasukan SK Sambir diiringi oleh dua orang guru iaitu En. Mohamad Ali Yusup (PK KK) dan En. Arifin Hassan. Menerusi acara ini, SK Niup merupakan pasukan pilihan. SK Sambir berjaya menyaingi SK Niup sebanyak 4:3 dan SK Sambir menjadi juara untuk Kumpulan B. Sebagai juara Kumpulan B, SK Sambir mara ke peringkat suku akhir.

Warga SK Sambir mengucapkan syabas kepada murid-murid yang mewakili sekolah dan semoga berjaya ke peringkat seterusnya.





@sksambir2018