Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 29 June 2022

Perlaksanaan Pengukuran BMI 5-9T SK Sambir

Pada 28 Jun 2022 (Isnin), pihak Prasekolah Kasih SK Sambir telah melaksanakan pengukuran BMI 5-9T untuk murid-murid prasekolah 5 dan 6 tahun. Objektif program ialah untuk memastikan  kesihatan murid-murid prasekolah dalam keadaan baik dan seimbang, serta mengenalpasti isu kesihatan di peringkat awal seperti kurang berat badan, berat badan berlebihan dan masalah tumbesaran. Program ini di bawah unit Kokurikulum yang diuruskan oleh Pen.Kanan Kokurikulum, En. Mohamad Ali Yusup.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh guru prasekolah, Pn. Ruhiyati Idayu Borhan dan pembantu pengurusan murid, Pn. Siti Zauwiah Hadzli.

Lampiran gambar:








@sksambir2022

Tuesday 28 June 2022

Lawatan daripada Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Samarahan Tahun 2022

Pada 23 Jun 2022 (Khamis), pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Samarahan telah berkunjung ke SK Sambir. Kunjungan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat murid prasekolah yang pernah menerima jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD). Selain itu juga, pihak Pejabat Kesihatan Daerah juga meminta supaya pihak Prasekolah Kasih menjalankan pemantauan/gate keeping setiap hari untuk memastikan kesihatan murid dalam keadaan baik.

Pegawai yang hadir pada hari kunjungan adalah seperti berikut:

  • Feleciana ak Jimmy
  • Hallexson Harmon
  • Salwawati binti Samsudin

Lampiran gambar:











@sksambir2022


Thursday 23 June 2022

Pertandingan Bola Sepak MSSR 12TKB Zon Asajaya 2022

Pada 21-22 Jun 2022, SK Sambir telah menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Bola Sepak MSSR 12TKB Zon Asajaya utuk tahun 2022. Senarai pasukan bola sepak sekolah rendah di sekitar Asajaya adalah seperti berikut: 

  • SK Moyan Laut
  • SK Tambirat
  • SK Sebandi Ulu
  • SK Serpan
  • SK Sebandi Matang
  • SK Rebak
  • SK Sambir
Pertandingan bermula sekitar jam 8:30 pagi dan berakhir pada 4:30 petang pada hari pertama pertandingan. Keputusan untuk hari pertama pertandingan bola sepak 21 Jun 2022 (Selasa):


Pada hari kedua, 22 Jun 2022 (Rabu), senarai pasukan yang bertanding adalah seperti berikut:

  • SK Tambirat vs. SK Rebak (Juara: SK Tambirat)
  • SK Sambir vs. SK Moyan Laut (Juara: SK Sambir)
SK Tambirat dan SK Sambir bertemu untuk perlawanan akhir zon Asajaya. SK Tambirat menjuarai pertandingan, diikuti oleh SK Sambir sebagai naib johan, SK Moyan Laut mendapat tempat ke-3 dan SK Rebak mendapat tempat ke-4. Pada hari kedua dan terakhir pertandingan, En. Nazri bin Ramli selaku Pengerusi MSSRD Zon Asajaya merasmikan pertandingan bola sepak dan melaksanakan pemilihan ahli pasukan bola sepak untuk mewakili Zon Asajaya.

SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pertandingan sama ada secara langsung dan tidak langsung. Juga ucapan tahniah kepada murid-murid SK Sambir yang berjaya dipilih untuk menjadi sebahagian daripada pasukan bola sepak Zon Asajaya.

Pautan album boleh dirujuk di sini:

@sksambir2022

Tuesday 14 June 2022

Merentas Desa SK Sambir 2022

Pada 27 Mei 2022 (Jumaat), SK Sambir telah menganjurkan program Merentas Desa yang melibatkan Tahap 1 dan Tahap 2. Program ini di bawah pengurusan unit Kokurikulum iaitu PK KK En. Mohamad Ali bin Yusup. 

Program bermula seawal 7 pagi di perkarangan kawasan sekolah dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Sambir, Puan Norlia binti Tuah manakala laluan merentas desa diuruskan oleh En. Saharil bin Sapian. Program bermula dengan aktiviti senam robik beramai-ramai, kemudian sesi merentas desa. Program selesai sekitar jam 11 pagi. Semua warga sekolah terlibat dalam menguruskan program tersebut.

Pautan album program boleh dirujuk di sini: Merentas Desa SK Sambir.