Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 29 August 2016

UPSR 2016: Selamat Maju Jaya untuk Murid Tahun 6


Pada tahun ini, peperiksaan UPSR akan diadakan pada bulan September 2016. Guru-guru dan warga SK Sambir mengucapkan selamat maju jaya untuk murid Tahun 6 Rajin. Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan cemerlang untuk semua calon.


Doa-doa sewaktu mengambil peperiksaan:










@skss2016
ruj: shafiqolbu.wordpress.com

Pemberian Tablet Huawei kepada Guru


Pada awal bulan Ogos 2016, guru SK Sambir menerima tablet Huawei mediapad oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan. Pemberian Huawei mediapad merupakan proses transformasi sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Ia juga merupakan inisiatif untuk memajukan bidang pendidikan dengan lebih kreatif dan pendidikan berteraskan ICT.

Huawei mediapad dilengkapi dengan e-tutor dan e-paper Utusan Malaysia. 


@skss2016

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah 2016

Pada hari Isnin, 29 Ogos 2016, sambutan hari kebangsaan telah diadakan di SK Sambir. Sambutan diadakan di Dewan Perdana SK Sambir dan dirasmikan oleh guru besar baru SK Sambir, Encik Issnu Bin Dollah. Jawatankuasa induk & jawatankuasa pelaksana untuk sambutan hari kebangsaan peringkat sekolah pada tahun ini ialah:

Jawatankuasa Induk

Penasihat: En. Hamali Bin Lazem
Pengerusi I: En. Mohamad Ali Bin Yusop
Pengerusi II: En. Barawi Bin Leman
Setiausaha: Pn. Rhamina Anak Austine Tinggie
Bendahari: En. Semawi Bin Meli

Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras: En. Arifin Bin Hassan
Peralatan: En. Zuraimi Bin Sulong | En. Nor Hailman | En. Faizal/Along | En. Mohd. Kamarudin | En. Raziman Bin Razali
Pengacara Majlis: En. Junaidi Bin Suut
Juri Pertandingan: En. Zuraimi Bin Sulong | Cik Nur Azshieldha Binti Sahran| Pn. Nurulain Binti Mohd. Sab
Urusetia/Buku program/Hadiah: Pn. Nora Binti Endo | Pn. Normaizan Binti Nawi
Persiapan pentas/dewan: Pn. Rhamina | Pn. Normaizan | Pn. Nora | Cik Nur Azshieldha | En. Zuraimi | En. Raziman | En. Faizal/Along
Ketua Perarakan: En. Mahmat Bin Salim | En. Arifin Bin Hassan
Makanan & Minuman: Pn. Fauziah Binti Dee | Pn. Simai Binti Ahmad | Pn. Latipah Binti Gok
Kecemasan/Keselamatan/Disiplin: En. Junaidi | En. Barawi | Pn. Simai | Pn. Noraini Binti Mat (prasekolah) | Pn. Siti Zauwiah Binti Hadzli (prasekolah) | En. Mohd. Kamarudin | En. Faizal/Along

Aturcara sambutan:

0730 pagi
Murid-murid berkumpul di dalam dewan sekolah
Pendaftaran peserta untuk pertandingan basikal berhias & pakaian seragam

0800 pagi:
Ketibaan guru besar, guru-guru dan AKP
Bacaan doa oleh Adzharnif Bin Rahman (ketua pengawas)
Nyanyian lagu Negaraku & lagu Ibu Pertiwiku
Ucapan perasmian oleh guru besar, En. Issnu Bin Dollah
Pertandingan Pakaian Seragam
Deklamasi Sajak oleh Nur Ain Adawiyah Binti Barawi, Nursyifa Jamain dan Arifah Awatif Binti Arifin.
Perarakan sempena hari kemerdekaan (sekolah- kampung-sekolah)
Sesi kuiz sejarah
Penyampaian hadiah (pertandingan petanque warga sekolah | pertandingan pakaian beragam | basikal berhias)
Jamuan ringan
Bersurai


Galeri Sambutan Hari Kebangsaan SK Sambir 2016

Friday 26 August 2016

Program Jejak Gemilang UPSR & Solat Hajat UPSR 2016

Pada hari Isnin sehingga hari Khamis, 22-25 Ogos 2016, guru-guru Tahun 6 telah mengadakan kelas malam untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Aktiviti kelas malam yang dikenali sebagai Program Jejak Gemilang dibantu oleh PIBG dalam memastikan usaha tersebut berjaya dilaksanakan. Guru bersara, Encik Ahmad Bin Bongom turut membantu memberi sumbangan ilmu dalam program tersebut.

Pada hari Jumaat, 26 Ogos 2016, pihak sekolah telah menganjurkan program Solat Hajat UPSR 2016  yang diadakan di makmal komputer SK Sambir. Program tersebut merupakan aktiviti bagi pihak sekolah untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September. Program tersebut di bawah pengurusan guru Pendidikan Islam dan ibu bapa pelajar turut dijemput bagi memeriahkan program.


Galeri Program Jejak Gemilang & Solat Hajat UPSR 2016





@sks2016

Monday 22 August 2016

Carta Organisasi SK Sambir 2016

Selamat Datang: Guru Besar Baru SK Sambir

Pada hari Jumaat,19 Ogos 2016, SK Sambir menerima guru besar baru bagi menggantikan Encik Mohamad Raba'ai Sedek yang berpindah ke SK Wira Jaya pada bulan Mei 2016. Adalah dimaklumkan bahawa Encik Issnu bin Dollah, mantan Penolong Kanan 1 SK Asajaya Ulu, Samarahan ialah guru besar baru SK Sambir.


Warga SK Sambir mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas untuk Encik Issnu bin Dollah.


@sks2016