Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 29 March 2019

Program Motivasi Pelajar Masjid An-Najah

Pada 28 Mac 2019 (Khamis), Masjid An-Najah Asajaya telah menganjurkan program motivasi pelajar iaitu Motivasi Pelajar Cemerlang (MPC). Program ini merupakan usaha untuk memantapkan sahsiah dan mencerdaskan kepintaran melalui teknik Neuro Linguistic Programming (NLP), yang dikendalikan oleh perunding motivasi Cikgu Syukri Muhamad.

SK Sambir telah menghantar 4 orang murid Tahun 6 untuk mengikuti program yang merupakan anjuran bersama JKP Masjid An-Najah dengan Persatuan Wanita An-Nisa' Masjid An-Najah & PPIM, Daerah Samarahan. Beberapa buah sekolah di sekitar Asajaya juga turut ikut serta, sebagai salah satu aktiviti pengisian maklumat di kalangan murid sekolah pada waktu cuti persekolahan. Ustazah Fauziah Dee merupakan guru pengiring bagi murid-murid dari SK Sambir.






@sksambir2019

Tuesday 26 March 2019

Majlis Keraian Guru Berpindah dan Pekerja Tamat Perkhidmatan

Pada 21 Mac 2019 (Khamis), majlis meraikan guru berpindah dan pekerja swasta berpencen telah diadakan di dewan makan sekolah. Dalam masa yang sama, majlis ini juga meraikan kedatangan guru dari SK Wira Jaya yang menggantikan guru yang berpindah.

Pihak SK Sambir merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada Puan Noraini Mat yang berkhidmat sebagai guru prasekolah SK Sambir (yang kini berpindah ke SK Iboi Pelandok) dan Puan Latipah Gok yang berkhidmat sebagai pekerja swasta (yang kini tamat perkhidmatan). Terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang dan komitmen yang diberikan sepanjang bertugas di SK Sambir. Juga, pihak SK Sambir mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pn. Ruhiyahti Idayu Borhan, guru prasekolah baru yang menggantikan Pn. Noraini Mat.





Pn. Jamilah selaku wakil Pn. Latipah yang 
tidak dapat hadir atas faktor kesihatan



@sksambir2019

Monday 18 March 2019

Program Perkhidmatan Pergigian Sekolah 2019

Pada 18 Mac 2019 (Isnin), perkhidmatan pergigian sekolah telah diadakan di Pusat Sumber SK Sambir. Program Perkhidmatan Pergigian Sekolah merupakan aktiviti penjagaan kesihatan pergigian secara komprehensif dan sistematik untuk murid-murid bagi memastikan mereka mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat persekolahan. Program ini akan dilangsungkan selama 2 minggu.

Untuk perkhidmatan pergigian sekolah yang dilaksanakan di Pusat Sumber sekolah dan melibatkan semua murid yang mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga, pasukan pergigian bergerak telah hadir untuk memberi perkhidmatan kesihatan pergigian menggunakan peralatan mudah alih. Perkhidmatan pergigian yang dijalankan oleh pasukan pergigian bergerak adalah seperti berikut:
  • pemeriksaan gigi
  • tampalan
  • cabutan
  • penskaleran
  • profilaxis
  • pendidikan kesihatan pergigian
Program ini dilihat membantu memantau tahap kesihatan mulut dan mencegah masalah gigi di kalangan murid-murid. Dalam masa yang, pemeriksaan mulut juga didapati membantu mengesan masalah yang lain seperti jangkitan kuman yang menyebabkan kelainan pada mukosa mulut, bibir, lidah, lelangit dan tekak.

Aktiviti yang dijalankan oleh pasukan pergigian bergerak:





@sksambir2019

Friday 1 March 2019

Program BAP, DLP dan Pendaftaran UPSR

Pada 1 Mac 2019 (Jumaat), pihak sekolah mengadakan program perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga di bawah makmal komputer sekolah mengenai 3 perkara iaitu:
  1. Bantuan Awal Persekolahan RM100 (BAP)
  2. Dual Language Programme (DLP)
  3. Pendaftaran UPSR
Untuk perkara yang pertama iaitu BAP, bantuan ini diagihkan kepada murid yang layak dan perkara ini diuruskan oleh unit hal-ehwal murid yang dikendalikan oleh Penolong Kanan HEM iaitu En. Barawi bin Leman, dan dibantu oleh Pn. Yakna@Ya'ana binti Drahman selaku setiausaha HEM serta Pn. Nora binti Endo selaku kerani sekolah.

Untuk perkara yang kedua iaitu Dual Language Programme (DLP), Guru Besar SK Sambir iaitu En. Sufian bin Basri telah memberi maklumat ringkas tentang pendapat pihak pentadbir mengenai pelaksanaan DLP jika dilakukan di SK Sambir. Seterusnya, perkara tersebut diterangkan dengan lebih lanjut oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Faizal bin Jarawi. Dual Language Programme merupakan dasar pelaksanaan Dwibahasa yang memberi pilihan kepada pihak sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk subjek Matematik dan Sains. DLP berbeza dari PPSMI kerana PPSMI ialah dasar yang dilaksanakan di semua sekolah sedangkan DLP ialah satu pilihan sama ada sekolah menerima atau menolak, bergantung dengan hasil perbincangan dengan ibu bapa penjaga. Menerusi perjumpaan ini, perkara yang dibincangkan ialah:
  • Bagi murid Tahun 2,DLP sudah dilaksanakan sejak dari tahun lepas dan pihak pentadbir perlu menjelaskan pelaksanaan DLP untuk jangka panjang, kesan dan risiko kepada murid-murid.
  • Pihak pentadbir juga turut membincangkan bersama ibu bapa mengenai pelaksanaan DLP untuk murid Tahun 1 tahun ini sama ada diterima atau tidak, juga pelaksanaan DLP untuk murid Tahun 2 tahun ini sama ada diteruskan atau tidak.
Urusan DLP untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2, persetujuan atau penolakan ibu bapa penjaga diuruskan oleh guru yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut iaitu Pn. Simai binti Ahmad (Guru Tahun 1) dan Pn. Normala binti Sapiee (Guru Tahun 2). 

Bagi urusan pendaftaran UPSR, ia dikendalikan oleh setiausaha peperiksaan iaitu En. Abang Mohd. Syukur bin Abang Husaini. Beberapa penerangan mengenai tarikh peperiksaan UPSR, urusan dokumen dan juga penglibatan ibu bapa penjaga telah disampaikan. Sebelum kaunter BAP, DLP dan Pendaftaran UPSR dibuka, pihak pentadbir telah membuka sesi dialog bersama ibu bapa penjaga bagi menjawab sebarang persoalan yang berkenaan dengan hal ehwal murid. 

Program yang bermula pada jam 8:30 pagi berakhir pada sekitar jam 11 pagi.

Galeri Program BAP, DLP dan Pendaftaran UPSR

Sesi pendaftaran, ibu bapa penjaga berkumpul di
bawah makmal komputer dan program bermula

Maklumat berkenaan dengan intipati program 
disampaikan  oleh Guru Besar, PK HEM, 
PK Pentadbiran dan juga setiausaha peperiksaan
(gambar dari kiri ke kanan)

Suasana di bawah makmal komputer

Sesi pengagihan bantuan awal persekolahan
bermula

Sesi urusan DLP dikendalikan oleh Pn. Simai binti
Ahmad dan Pn. Normala binti Sapiee

Sesi pendaftaran UPSR dikendalikan oleh
setiausaha peperiksaan iaitu En. Abang Mohd.
Syukur bin Abang Husaini.


@sksambir2019