Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 12 May 2021

Penyerahan Bantuan YAPIEM 2021

Pada 10 Mei 2021 (Isnin), unit HEM menguruskan penyerahan bantuan persekolahan YAPEIM kepada murid-murid yang dipilih. Penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir, Puan Norlia binti Tuah dan ia diuruskan oleh Penolong Kanan HEM iaitu En. Barawi bin Leman.

Pematuhan SOP seperti yang ditetapkan sepanjang musim pandemik COVID-19 telah dilaksanakan sepanjang proses penyerahan bantuan berlangsung. Penyerahan bermula pada sekitar jam 9 pagi dan selesai sekitar jam 10 pagi.

Lampiran gambar:



Ucapan Selamat Hari Raya SK Sambir 2021

 


@sksambir2021

Monday 10 May 2021

Majlis Perasmian Kempen Galakan Membaca SK Sambir 2021

Pada 07 Mei 2021 (Jumaat) bersamaan dengan 25 Ramadan 1442H, SK Sambir mengadakan Majlis Perasmian Kempen Galakan Membaca SK Sambir tahun 2021 anjuran Program NILAM yang dikendalikan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Puan Rhamina Austine Tinggie. Majlis ini hanya melibatkan para pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan seorang wakil murid. Majlis ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan dan murid-murid yang lain menyaksikan majlis pelancaran di kelas masing-masing.

Kempen Galakan Membaca merupakan usaha pihak sekolah memupuk budaya membaca di kalangan murid secara berterusan. Majlis bermula pada jam 09:30 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi. 

Untuk video kempen galakan membaca, ia dipecahkan kepada 4 bahagian. Boleh rujuk ke pautan playlist Kempen Galakan Membaca di saluran Youtube SK Sambir Samarahan.

Lampiran Gambar:






Pautan video majlis perasmian di Youtube:


@sksambir2021

Tuesday 4 May 2021

Program Bubur Lambuk SK Sambir 2021

Pada 29 April 2021 bersamaan dengan 17 Ramadan 1442H (Khamis) iaitu pada hari Nuzul Quran, SK Sambir mengadakan  Program Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, diketuai oleh Ustazah Fauziah Dee. Program bermula seawal jam 7:30 pagi, melibatkan semua guru, AKP, guru KAFA dan juga pekerja swasta. 

Pada hari yang sama turut dijalankan program sumbangan keperluan dapur kepada 10 keluarga yang dipilih dan sumbangan diserahkan oleh Guru Besar SK Sambir, Pn. Norlia Tuah, dibantu oleh Penolong Kanan Hem, En. Barawi Leman dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohamad Ali Yusup. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah bacaan tadarus Al Quran oleh murid Tahap 2, mewarna poster dan juga mewarna sampul duit raya. Seterusnya, agihan bubur lambuk serta kurma dijalankan dan program bersurai sebelum tengah hari.

Lampiran gambar:











@sksambir2021