Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 30 August 2017

Program Kem Motivasi UPSR 2017 [Anjuran Alumni SK Sambir]

Pada 29 Ogos 2017 (Selasa), Program Kem Motivasi UPSR 2017 bersama alumni SK Sambir telah dijalankan di surau sekolah bersama 28 orang murid-murid Tahun 6 dan 24 orang alumni sekolah. Objektif program tersebut ialah:
  • Membina keyakinan diri murid-murid Tahun 6
  • Berkongsi pengalaman dan tips peperiksaan dengan murid Tahun 6
  • Memberi pendedahan tentang sekolah menengah kepada murid-murid Tahun 6.
Pendekatan untuk program ini  dijalankan menerusi aktiviti team building dan latihan dalam kumpulan. Kedua-dua aktiviti ini merupakan usaha dalam membina jati diri, sifat kepimpinan dan memupuk keyakinan agar tidak gementar semasa menduduki peperiksaan. Manakala jadual program disusun seperti berikut:

1330-1400: Solat dan tazkirah Zohor
1400-1500: Perkongsian tips-tips UPSR
1500-1600: Pilihan sekolah menengah
1600-1620: Solat dan tazkirah Asar
1620-1700: Cabaran sekolah menengah

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung:





Semoga program dari alumni SK Sambir ini memberi manfaat dan motivasi kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11 September 2017 nanti.


@sksambir2017

Friday 25 August 2017

Program PINTAS Gempur Siri 1

Bermula dari 21 Ogos sehingga 24 Ogos 2017, Program PINTAS Gempur Siri 1 telah diadakan di SK Sambir pada jam 7:30-10:00 malam. Program tersebut merupakan usaha pihak sekolah dalam membantu murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR membuat persiapan akhir secara fizikal dan mental. Program tersebut dibantu oleh 4 orang guru yang bertanggungjawab dalam setiap subjek iaitu:

Bahasa Melayu: En. Junaidi Bin Suut
Bahasa Inggeris: En. Ahmad Bin Bongom (guru bersara)
Matematik: En. Arifin Bin Hassan
Sains: Pn. Normala Binti Sapiee

Tentatif program sepanjang tempoh tersebut ialah:
  • Solat berjemaah
  • Sesi kelas bermula (penerangan, perbincangan, soal jawab)
  • Minum selepas kelas
  • Bersurai
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program siri 1:






[Maklumat tambahan: Program Siri 2 dijalankan pada 4-8 September 2017]
@sksambir2017

Thursday 24 August 2017

Majlis Perpisahan Guru NPQEL SK Sambir

Pada 18 Ogos 2017 (Khamis), majlis perpisahan guru NPQEL telah diadakan di ruang rehat SK Sambir. Guru NPQEL, Encik Mahathir Bin Razali, guru SK Sampun, telah menjalankan aktiviti penanda arasan sekolah selama 2 minggu bagi memenuhi keperluan Program Kelayakan Profesional Pendidikan Pemimpin Kebangsaan. Menerusi program tersebut, pergerakan organisasi sekolah SK Sambir menjadi panduan kepada beliau untuk memahami pembangunan dan kelancaran organisasi sekolah.

Kami, warga SK Sambir mengucapkan terima kasih kepada Encik Mahathir Bin Razali kerana memilih SK Sambir sebagai lokasi penanda arasan dan perkongsian ilmu. 

Galeri Majlis Perpisahan Guru NPQEL

Cenderahati dari Encik Mahathir kepada pihak sekolah

Cenderahati dari pihak sekolah kepada Encik Mahathir

Cenderahati dari Encik Mahathir kepada
Guru Besar SK Sambir, En. Issnu Dollah

Cenderahati dari Encik Mahathir kepada
Penolong Kanan Pentadbiran SK Sambir,
En. Samsudin Uas

Cenderahati dari Encik Mahathir kepada
Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohamad
Ali Yusup

Cenderahati dari Encik Mahathir kepada 
guru-guru SK Sambir

Cenderahati dari Encik Mahathir kepada
staf SK Sambir


@sksambir2017

Pertandingan Membuat Slideshow Hari Kebangsaan 2017

Bersempena dengan bulan kebangsaan, Pusat Akses SK Sambir telah mengadakan Pertandingan Membuat Slideshow Hari Kebangsaan pada tahun ini. Pertandingan tersebut julung-julung kali diadakan dan disertai seramai 12 orang murid yang terpilih. Murid-murid diberi masa selama 2 minggu untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing yang bertemakan Malaysia seperti:
  • Bunga Raya Bunga Kebangsaan
  • Tempat-tempat menarik di Malaysia
  • Peristiwa Kemerdekaan
  • Bendera Malaysia
  • Tokoh-tokoh di Malaysia
  • Sehati Sejiwa
  • Makanan Kegemaran Malaysia
Pertandingan ini juga telah menetapkan syarat bahawa setiap imej haruslah dihasilkan sendiri dan bukannya dimuat-turun di Google Search. Oleh itu, murid-murid menggunakan perisian Paint dalam menghasilkan imej-imej yang bersesuaian dengan tema yang dipilih. Penggunaan Microsoft Powerpoint dan WPS Presentation telah diaplikasikan oleh murid-murid untuk menghasilkan slide masing-masing.

Antara contoh imej yang dihasilkan oleh murid-murid menggunakan Paint:





Pertandingan membuat Slideshow ini telah dipantau sepenuhnya oleh juruteknik komputer selama dua minggu dan setiap slideshow telah dinilai oleh Guru Penyelaras Bestari dan guru TMK. Markah diberi berdasarkan kreativiti, kekemasan, ketepatan info dan penggunaan elemen persembahan. Pemenang bagi pertandingan ini ialah:

Tempat Pertama: Ishral Raqib (Tahun 6)

Tempat Kedua: Fadhlur Rahman (Tahun 6)

Tempat Ketiga: Arifah Awatif (Tahun 6)

Saguhati: Muhd. Faiq (Tahun 6)


Diharap melalui pertandingan ini, murid-murid mendapat pendedahan asas mengenai kemahiran ICT dan  menggunakan pengetahuan tersebut di masa akan datang.

@sksambir2017

Imbas Kembali: Kampung Sambir

Kampung Sambir merupakan sebuah perkampungan Melayu yang sudah lama wujud di Asajaya. Apa yang menariknya, Sistem Pendidikan Asajaya bermula dengan sekolah pondok Kampung Sambir pada tahun 1918, menjadikan SK Sambir merupakan sekolah pertama yang wujud di Asajaya. Sekolah tersebut wujud atas kesedaran penduduk kampung dan dibina atas dasar gotong-royong. Sekolah pertama dikenali sebagai Sekolah Jenal Abidin Kampung Sambir (rujukan: Samarahan- dari kampung terpencil ke desa ilmu), dan ia mengambil pelajar dari Kampung Sambir, Moyan, Rebak, Serpan, Sebandi Matang, Sebandi Ulu dan Tambirat. 

Hasil usaha penduduk Kampung Sambir pada masa dahulu telah melahirkan generasi celik ilmu pada masa kini dan kampung ini juga pemula pendidikan yang menjadi contoh kepada perkampungan yang lain iaitu:
  • Sekolah Haji Kelali, Semera (1943)
  • Orang  Kaya Muda Mission School Kampung Sampun (1946)
  • Diikuti oleh Sekolah Nonok, Sekolah Rakyat Kampung Tambirat, Sekolah Jaie, Sekolah Pendam dan sebagainya.
Kampung Sambir ialah contoh pertama di Asajaya, bermula sebagai sebuah perkampungan terpencil dan kini menjadi desa ilmu.


Imbas Kembali: Kampung Sambir















@sksambir2017
Gambar diambil dari: 
Buku Samarahan- dari kampung terpencil
ke desa ilmu

Monday 21 August 2017

Kempen Kesihatan Gigi Prasekolah

Pada 21 Ogos 2017 (Isnin), Kempen Kesihatan Gigi Prasekolah telah dijalankan di SK Sambir bersama Klinik Kesihatan Sambir. Seramai 18 orang murid prasekolah telah menyertai kempen tersebut. Menerusi Kempen Kesihatan Gigi, kesedaran menjaga kesihatan dan kebersihan gigi ditekankan seawal usia kanak-kanak kerana ia merupakan kunci kesihatan secara menyeluruh.

Oleh yang demikian, usaha untuk mendisiplinkan kanak-kanak mengenai kaedah menggosok gigi dengan betul telah dilakukan melalui kempen kesihatan gigi yang dipimpin oleh wakil klinik kesihatan. Perkara-perkara lain yang turut ditekankan ialah:

  • Penjagaan gigi susu penting bagi membantu golongan ini mempelajari kepentingan pemakanan dan pengambilan nutrisi yang betul
  • Penganjuran kempen juga dilihat dapat membantu pembentukan gigi kekal yang cantik dan teratur pada masa hadapan




@sksambir2017

Friday 18 August 2017

Solat Hajat UPSR anjuran PIBG SK Sambir

Pada 17 Ogos 2017 (Khamis), solat hajat UPSR anjuran PIBG SK Sambir telah diadakan di surau Kampung Sambir bersempena dengan peperiksaan UPSR yang bakal diduduki oleh murid-murid Tahun 6 pada tahun ini. Atucara program tersebut ialah:
  • Bacaan Yassin (bersama guru, ibu bapa dan murid-murid yang hadir)
  • Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah
  • Solat Hajat
  • Jamuan
Solat hajat anjuran PIBG SK Sambir merupakan salah satu usaha pihak ibu bapa dan komuniti Kampung Sambir dalam memberi sokongan positif melalui pendekatan agama kepada murid-murid Tahun 6.

Antara aktiviti yang telah dijalankan di surau Kampung Sambir:




@sksambir2017

Thursday 17 August 2017

Ihtifal Smart Solat 2017

Pada 17 Ogos 2017 (Khamis), SK Sambir telah menghantar beberapa orang pelajar yang dipilih untuk menyertai Ihtifal Smart Solat anjuran PPD Samarahan yang dijalankan di Masjid Kampung Semera. Ia merupakan satu program yang memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan solat dan ibadah merupakan teras utama dalam kehidupan dalam menyemai keimanan diri agar berfikiran positif. 

Di samping itu juga, program ini melatih peserta agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Pelaksanaan program ini dilihat dapat menjalinkan hubungan erat antara pelajar, masyarakat dan warga masjid dalam mengimarahkan masjid. Program ini juga diharap dapat melahirkan generasi yang sihat dan soleh serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan. 

Senarai guru pengiring dan murid-murid SK Sambir yang mengikuti Ihtifal Smart Solat:

Guru pengiring:
Ustazah Fauziah Hj. Dee
Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor
Ustazah Noor Najihah Mohd. Najib

Murid-murid:
Arifah Awatif Arifin (Tahun 6)
Nur Insyirah Mastura Abdul Rahman (Tahun 6)
Nur Faziqah Rosli (Tahun 6)
Ainnur' Syafiqah Mohd. Fadzlee (Tahun 6)
Haiqal Fathurrahman Kamal Ludin (Tahun 6)
Aiman Haziq Barawi (Tahun 6)
Ishral Raqib Taip (Tahun 6)
Muhammad Daniest Ashyraf Mohd. Fadzlee (Tahun 5)

Tentatif program Ihtifal Smart Solat

0730: Pendaftaran peserta
0800: Taklimat Ihtifal Smart Solat
0830: Ihtifal Smart Solat bermula 
         i. Acara Azan: Bilik VIP, 
         ii. Amali Wuduk: Bilik Wuduk, 
         iii. Amali Solat Subuh: Ruang Solat Utama
1000: Minum pagi
1030: Ihtifal Smart Solat disambung solat
1230: Rehat (Solat Zohor/Makan tengah hari)
1330: Ihtifal Smart Solat disambung semula (jika perlu)
1430: Penutupan rasmi oleh YB Ir. Aidel Bin Haji Lariwoo (Adun N.24 Sadong Jaya)
1630: Bersurai

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program:







@sksambir2017

Monday 14 August 2017

Program Inspirasi YaPEIM

Sesi bergambar beramai-ramai di hadapan
makmal komputer
Pada 12 Ogos 2017 (Sabtu), Sekolah Kebangsaan Sambir menjadi tuan rumah untuk Program Inspirasi YaPEIM & MGB Samarahan. Ia merupakan program pendidikan untuk persediaan murid-murid yang bakal menghadapi UPSR dan setiap subjek dibimbing oleh fasilitator yang dilantik. Jawatankuasa program terdiri daripada:

Pengerusi: En. Issnu Bin Dollah (GB)
Naib pengerusi: En. Samsudin Bin Uas (PK Pentadbiran)
Setiausaha: Pn. Normala Binti Sapiee
Bendahari: Pn. Nora Binti Endo (PT/PO)

Ahli jawatankuasa-

AJK Pendaftaran: En. Mohd. Ridzuan Md. Noor | Pn. Noraini Binti Mat
Fasilitator: En. Junaidi Suut (BM)| En. Arifin Hassan (MAT)| Pn. Rhamina Austine Tinggie (BI)| Pn. Cynthia Tella (BI)| Pn. Normala Sapiee (SNS)
Bacaan doa: En. Mohd. Ridzuan Md. Nor
Pengacara Majlis: Pn. Noor Najihah Mohd. Najib
AJK Jamuan: En. Arifin Hassan (K)| Pn. Fauziah Dee| Pn. Ya'ana@Yakna Drahman| Pn. Simai Ahmad| Pn. Siti Zauwiah Hadzli
Dokumentasi: Cik Nur Azshieldha Sahran
AJK Kebersihan dan Keselamatan: Semua pekerja swasta
AJK Pemantauan/Penyeliaan: En. Mahmat Salim| En. Semawi Meli
P.A Sistem: En. Mohamad Ali Yusup| En. Mohd. Nazrin Saridu
Protokol: En. Barawi Leman| En. Samsudin Uas
AJK Publisiti/Buku Program: Pn. Nora Endo
AJK Kebajikan Murid: Pn. Noor Najihah Mohd. Najib
AJK Fotostat: En. Zuraimi Sulong

Menerusi program tersebut, sesi pendaftaran bermula sekitar jam 8 pagi dan seterusnya taklimat sebelum program dijalankan secara ringkas. Seterusnya, fasilitator mengambil alih dan menguruskan murid-murid mengikut subjek masing-masing. Pada jam 0830 pagi, sesi kelas bermula sehingga jam 1030 pagi dan AJK jamuan menjalankan tugas agihan makanan.




Senarai sekolah yang menyertai Program Inspirasi YaPEIM
  1. SK Asajaya Laut (3 org)
  2. SK Sebandi Matang (4 org)
  3. SK Iboi/Pelandok (7 org)
  4. SK Sebandi Ulu (4 org)
  5. SK Moyan Laut (6 org)
  6. SK Tambay (4 org)
  7. SK Jemukan (4 org)
  8. SK Hj. Kelali, Semera (8 org)
  9. SK Sampun (1 org)
  10. SK Serpan (8 org)
  11. SK Pendam (4 org)
  12. SK Terasi (3 org)
  13. SK Haji Bujang Rangawan Putin (tiada)
  14. SK Asajaya Ulu (6 org)
  15. SK Tambirat (tiada)
  16. SK Sambir (24 org)
Antara aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator setiap subjek ialah:


Subjek Bahasa Melayu (Lokasi: Kelas Tahun 3, 23 orang murid)
  • Kertas soalan BM Penulisan- perbincangan tentang teknik membina ayat berdasarkan gambar (30 minit)
  • Membina dan menulis ulasan- membimbing murid bagaimana teknik membina dan menulis ulasan berdasarkan gambar/situasi (90 minit)


Subjek Matematik (Lokasi Bilik Tahun 6, 24 orang murid)
  • Menghafal formula pecahan; kg-g, km-m, liter-ml.
  • Menghafal perpuluhan
  • Membuat latihan-latihan berkaitan formula yang diberi.


Subjek Bahasa Inggeris (Lokasi: Bilik Tahun 1, 15 orang murid)
  • Penerangan mengenai penggunaan 'preposition'- mengenakan 'preposition' pada anggota badan (30 minit)
  • Latihan menjawab soalan preposition pada kertas latihan- (30 minit)
  • Social expression- latihan  (20 minit)
  • Perkongsian contoh jawapan oleh setiap murid dan memberi sampel proverb untuk rujukan UPSR (40 minit)

Subjek Sains (Lokasi: Makmal Komputer, 16 orang murid)
  • Penerangan tentang format Sains UPSR 2017-murid diajar kaedah menjawab soalan KPS  (K2) seperti pembolehubah, tujuan, hubungan/hipotesis, inferens, pemerhatian
  • Murid menjawab kertas soalan K2, sesi soal jawab, perbincangan jawapan , kaedah menjawab berdasarkan penerangan.
  • Murid dan guru berbincang soalan. Murid didedahkan dengan tips boleh digunakan untuk menjawab soalan tersebut.
@sksambir2017