Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 24 April 2019

Bengkel Teknik Menjawab Sains Tahun 6

Pada 23 April 2019 (Selasa), bengkel teknik Menjawab Sains Kertas 2 untuk murid Tahun 6 telah diadakan di SK Rebak. Ia merupakan salah satu usaha pihak guru di Samarahan untuk membantu memberi persediaan kepada murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan pada tahun ini menerusi bengkel teknik untuk subjek Sains. Murid yang terlibat dengan bengkel tersebut ialah:
  1. Nur Zahirah Batrisyia
  2. Nur Jazmiza
  3. Nur Sueilayana
  4. Mohamad Qayyum Aniq
  • Guru pengiring: Puan Normala Binti Sapiee
Menerusi bengkel tersebut, murid-murid didedahkan dengan teknik menjawab Sains Kertas 2 berdasarkan soalan ramalan, topik yang perlu diberi perhatian, aktiviti amali dan sebagainya. Diharap murid-murid yang terlibat dengan bengkel ini mendapat manfaat dan juga ilmu pengetahuan yang baru sebelum menghadapi UPSR.



@sksambir2019

Pertandingan Irama Malaysia 2019 [sarana]

Pada 23 April 2013 (Selasa), Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia peringkat sekolah rendah telah diadakan di Dewan Suarah Samarahan. SK Sambir telah menghantar seorang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut.

Peserta: Nur Syazliyana Binti Musa
Guru Pengiring: Puan Rhamina Austine Tinggie
Lagu pilihan: Cindai (Datuk Siti Nurhaliza)

Menerusi pertandingan tersebut, ibu bapa peserta juga turut hadir untuk membantu persiapan peserta dan memberi sokongan moral. Walaupun peserta tidak memenangi pertandingan, pihak SK Sambir mengucapkan syabas dan tahniah kepada Nur Syazliyana kerana berani mencuba dan sudah memberikan persembahan yang terbaik.








@sksambir2019

Tuesday 23 April 2019

Jom Membaca 10 Minit 2019

Pada 23 April 2019 (Selasa), SK Sambir telah mengadakan program Jom Membaca 10 Minit di dewan sekolah bermula pada jam 11 pagi. Program Membaca 10 Minit merupakan simbolik kepada pembacaan serentak di seluruh negara bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada tahun 2019. Di Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak turut terlibat sama dalam program Jom Membaca. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Jom Membaca di SK Sambir melibatkan 146 orang murid, 16 orang guru dan seorang kakitangan sekolah.

Galeri Jom Membaca 2019









@sksambir2019

Thursday 18 April 2019

Poetry Recitation 2019

Pada 16 April 2019 (Selasa), pihak SK Sambir telah menghantar 2 orang murid ke SK Haji Kelali Semera untuk menyertai pertandingan Poetry Recitation. Murid yang menyertai pertandingan tersebut ialah:

  • Nurrisha Nazwa Binti Rahman (Tahun 5)
  • Nurulain Nasuha Binti Jamahari (Tahun 6)
Sebagai peserta pertama pertandingan tersebut, murid-murid tersebut diiringi oleh guru pengiring Puan Cynthia Tella. Daripada 29 buah kumpulan yang menyertai pertandingan, peserta sekolah telah mendapat tempat ke-7. Pihak SK Sambir mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta yang sudah mencuba yang terbaik. Diharap pertandingan tersebut memberi pengalaman baru dan meningkatkan keyakinan mereka di masa hadapan.




@sksambir2019

Tuesday 16 April 2019

Program MTQ Peringkat Samarahan 2019

Pada 8-9 April 2019 (Isnin dan Selasa) Program MTQ Peringkat Samarahan telah dianjurkan di SK (A) Ibnu Khaldun. Ia merupakan program berkonsepkan pendidikan Islam dan SK Sambir telah menghantar wakil untuk mengikuti pertandingan iaitu:
  • Bercerita: Nur Syazliyana Binti Musa dan Nuryn Izzaty Binti Sifpul Azual
  • Hafazan: Mohammad Qayyum Aniq Bin Marzatilaswat
Sepanjang dua hari program berlangsung, murid-murid yang mewakili sekolah diiringi oleh  tiga orang guru iaitu Ustazah Simai Ahmad, Ustazah Sabariah Ahmad dan Ustazah Fauziah Dee. Menerusi program tersebut, wakil murid untuk pertandingan telah mendapat kedudukan Top 5. Meskipun tidak memenangi pertandingan, warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kerana murid-murid berani mencuba. Diharap pertandingan ini memberi pengalaman baharu dan meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menyertai pertandingan lain di masa akan datang.





@sksambir2019

Friday 12 April 2019

Majlis Pemotongan Riben Pacific Partnership (ENCAP) 2019

Pada 11 April 2019 (Khamis), Majlis Program Pacific Partnership 2019 telah diadakan di bangunan makmal komputer SK Sambir. Program tersebut merupakan kerjasama antara Malaysia dan Pacific Fleet of US Navy. 

Projek Jiwa Murni, juga dikenali sebagai Engineering Civic Action Program (ENCAP) telah dilaksanakan di SK Sambir bersempena dengan Eksesais Pacific Partnership 2019 dan ia telah dirasmikan oleh duta Amerika Syarikat yang datang ke Malaysia, TYT Kamala Shirin Lakhdir menerusi majlis pemotongan riben sebagai simbolik penyerahan  projek kepada pihak SK Sambir. Projek ENCAP di SK Sambir melibatkan kerja-kerja kejuruteraan bagi membaiki dan membina bahagian bawah struktur bangunan makmal komputer sekolah dan menyelenggara 2 bilik darjah serta stor. Projek ini dilaksanakan secara bersama oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tentera Amerika Syarikat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah: 
  • Leftenan Jeneral Dato' Wira Zamrose Bin Zain (Panglima Medan Timur Tentera Darat)
  • Captain Randy Van Rossum (USN Ketua Misi PP19)
  • Mejar Jeneral Dato' Md. Din Bin Hj. Abu (Panglima 1 Divisyen Infantri Malaysia)
  • En. Sufian Bin Basri (Guru Besar SK Sambir)
  • 33 orang pegawai dan anggota Skuadron ke-3 Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 RAJD)
  • 60 orang pegawai dan anggota tentera Amerika Syarikat.
  • Semua guru dan kakitangan sekolah, serta 30 0rang murid (terdiri dari murid Tahun 4, 5 dan 6)
Menerusi kerjasama tersebut, ia memberi manfaat terutamanya kepada anggota ATM kerana dapat menimba ilmu serta pengalaman bersama pihak tentera dari luar negara. Ia juga memberi pengalaman baru kepada pihak SK Sambir dalam penglibatan projek pembangunan sekolah bersama pihak luar. Selain dari SK Sambir, projek ENCAP juga dijalankan di 2 buah sekolah yang lain iaitu SK Sebandi Matang, Asajaya dan SK Tanah Puteh, Serian. Kesemua projek ENCAP bermula pada 12 Mac 2019 dan berakhir pada 10 April 2019. Seluruh warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan  masa, tenaga dan kos dari pihak Pacific Partnership dalam membantu infrastruktur sekolah.

GALERI PACIFIC PARTNERSHIP (ENCAP) 2019























@sksambir2019

Wednesday 10 April 2019

Program Pacific Partnership (ENCAP) In Classroom 2019

Pada 3 April 2019 (Rabu), pihak Pacific Partnership yang menjalankan kerja-kerja pembinaan di bahagian blok makmal komputer sekolah telah mengadakan Program Pacific Partnership (ENCAP) in Classroom bersama warga sekolah. Kelas yang terlibat dalam program tersebut ialah kelas Tahun 3 sehingga Tahun 6. Guru yang terlibat dalam program tersebut ialah:

Tahun 3: Puan Cynthia Tella
Tahun 4: pihak Pacific Partnership (pegawai perhubungan)
Tahun 5: Puan Rhamina Austine Tinggie
Tahun 6: En. Mohd. Nazrin Saridu

Menerusi program tersebut, pihak Pacific Partnership berkenalan, berkomunikasi dan menjalankan aktiviti bersama murid-murid dan warga sekolah. Seterusnya, aktiviti tersebut dilanjutkan dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Pacific Partnership dan warga SK Sambir di padang bola sepak SK Sambir pada sebelah petang. Program ini merupakan salah satu cara menjalinkan ikatan silaturrahim antara warga sekolah dengan warga ENCAP, sekaligus meluaskan horizon pemikiran dari aspek hubungan sosial pelbagai negara.

GALERI ENCAP 2019















Perlawanan persahabatan bola sepak pada sebelah petang:






@sksambir2019