Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 30 December 2016

Pendaftaran Sesi Persekolahan SK Sambir Tahun 2017

Pada hari Jumaat 30 Disember 2016, pendaftaran sesi persekolahan SK Sambir untuk tahun 2017 telah diadakan. Sebelum pendaftaran bermula, ibu-bapa dan murid-murid telah berkumpul di dewan sekolah untuk sedikit taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir, Cikgu Issnu Bin Dollah. Selepas taklimat selesai, pendaftaran murid-murid bermula di kelas masing-masing. Pendaftaran sesi persekolahan bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pukul 10 pagi.

Galeri Pendaftaran Sesi Persekolahan SK Sambir

Ibu bapa dan murid berkumpul di dewan sekolah

\
Guru Besar SK Sambir, Cikgu Issnu Bin Dollah 
memulakan taklimat ringkas.

Ibu-bapa bersama anak masing-masing

Banner Selamat Datang dari Sk Sambir

Murid-murid berada di dalam kelas masing-masing

Guru kelas bersama penolong guru kelas 
menyemak borang pendaftaran

Guru kelas mencatat perkara-perkara penting
semasa pendaftaran

Sesi pendaftaran di prasekolah

Suasana pendaftaran di prasekolah

Guru Besar SK Sambir, Cikgu Issnu melawat 
setiap kelas ketika sesi pendaftaran murid di-
jalankan


@sks2016

Sesi Persekolahan 2017 Bersama Bank Rakyat

Pada hari Rabu 28 Disember 2016, pihak Bank Rakyat Cawangan Samarahan datang ke sekolah untuk meraikan sesi persekolahan SK Sambir 2017 yang bakal bermula pada 3 Januari 2017. Pihak Bank Rakyat Cawangan Samarahan menyerahkan set kalendar untuk kegunaan pejabat dan juga poster. Warga SK Sambir mengucapkan terima kasih di atas perhatian Bank Rakyat dalam meraikan sesi persekolahan tahun 2017.



@sks2016

Monday 5 December 2016

Senarai Guru Besar SK Sambir

Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Sambir dari awal penubuhannya sebagai sekolah kerajaan sehingga kini:


Sufian Bin Basri
(2019-kini)

Haji Issnu Bin Dollah
(2016-2018)

Encik Mohamad Rabaai Bin Sedek
(2012-2016)

Encik Latif Bin Jem
(2006-2012)

Allahyarham Encik Dollah Bin Haji Musa
(2005-2006)

Tuan Haji Abu Talip Bin Embang
(1994-2005)

Encik Kram Bin Haji Saini
(1987-1994)

Encik Awang Daichang Bin Awang Haji Bujang

Encik Mohamad Kudus

Allahyarham Encik Abdul Wahab Bin Hassan
(1969-1971)


@sksambir2016

Lencana SK Sambir


  • Bentuk bulat sebagai bentuk asas logo melambangkan permuafakatan
  • Buku melambangkan bahawa ilmu adalah penting dalam kehidupan seharian. Justeru ia perlu ditimba dengan semangat yang tinggi
  • 5 gelung yang bertindih di antara satu sama lain membawa makna pendidikan sahsiah yang diberikan adalah berlandaskan 5 prinsip Rukun Negara.
  • Obor membawa erti semangat kesukanan.
  • Warna merah bermaksud semangat yang kuat di kalangan pendidik dalam usaha menyampaikan ilmu kepada murid ke arah menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
  • Warna biru melambangkan perpaduan dan semangat kerjasama yang kuat di kalangan warga sekolah dengan masyarakat luar dalam usaha ke arah pembangunan dan kemajuan sekolah.
  • Warna kuning bermakna peranan menyalurkan pendidikan di sekolah adalah berlandaskan kepada peraturan dan undang-undang.
Info: lencana sekolah dikemaskini pada tahun 2016


@skss2016

Tuesday 29 November 2016

Sesi Bergambar Warga Sekolah 2016

Pada hari terakhir sesi persekolahan, sesi bergambar warga sekolah telah diadakan sebagai penutup aktiviti sekolah. Kehadiran guru dan anggota kumpulan pelaksana adalah 100%. Sesi bergambar juga diakhiri dengan aktiviti BBQ bersama seluruh pelajar Tahun 6.


Galeri Warga Sekolah SK Sambir 2016

Barisan belakang dari kiri: Ustazah Noor Najihah, Ustazah Fauziah, Pn. Ya'ana, Pn. Rhamina, Ustazah Normaizan, Pn. Normala, Pn. Noraini, Pn. Cynthia Tella, Pn. Simai
Barisan depan dari kiri: En. Arifin, En. Mahmat, En. Mohamad Ali (PK KK), En. Hamali (PK Pentadbiran), En. Issnu (Guru Besar SK Sambir), En. Barawi (PK HEM), En. Semawi, Ustaz Mohd. Ridzuan, En. Junaidi


Barisan belakang dari kiri: En. Zuraimi (PO), Pn. Nora (PT/PO), Cik Nur Azshieldha (JTK), Pn. Siti Zauwiah (PPM Prasekolah)
Barisan depan dari kiri: En. Mohamad Ali (PK KK), En. Hamali (PK Pentadbiran), En. Issnu (Guru Besar SK Sambir), En. Barawi (PK HEM)




@skss2016

Majlis Penghargaan SK Sambir 2016

Pada hari Khamis, 24 November 2016, SK Sambir telah mengadakan Majlis Penghargaan SK Sambir 2016 untuk menghargai usaha pelajar sekolah sepanjang tahun 2016. Pada hari tersebut, semua ibu bapa telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Ahli jawatankuasa kerja untuk majlis tersebut ialah:


Protokol: 
En. Issnu B. Dollah | En. Hamali B. Lazem | En. Barawi B. Leman | En. Mohamad Ali B. Yusup | Pn. Rhamina Austine Tinggie | En. Khaimi B. Dan | Pn. Rohah Bt. Hj. Kulai  (Peg. Perhubungan Keselamatan)

Pengacara Majlis:
En. Junaidi B. Suut | Haikal Fathurrahman (Thn. 5) | Rabiatul Adawiyah (Thn. 4)

Bacaan doa:
En. Hamali B. Lazem | Adzharnif (Thn. 6)

Persiapan pentas:
En Hamali | En. Zuraimi | Pn. Normaizan | Pn. Nora | Cik Nur Azshieldha | En. Nor Hailman | En. Raziman

Hadiah:
Pn. Noor Najihah Mohd. Najib | Pn. Noraini Bt. Mat | Pn Cynthia Tella

Siaraya:
En. Zuraimi |En. Mohd. Kamaruddin Kawi

Jurugambar/Dokumentasi:
Cik Nur Azshieldha

Pameran hasil kerja PSV:
Pn. Ya'ana@Yakna | En. Hamali

Panel pemilihan pelajar harapan, pelajar cemerlang UPSR, kurikulum dan kokurikulum:
En. Hamali | En. Barawi | En. Mohamad Ali| Pn. Fauziah| En. Arifin


Pada hari tersebut, tetamu jemputan SK Sambir iaitu En. Marshall Wekey Ak Henry Atie (SAO Pejabat Daerah Asajaya) telah hadir untuk merasmikan majlis penghargaan, diiringi oleh ketua kaum SK Sambir, Masharif Bin Kadir dan Naib Yang Dipertua PIBG, En. Khaimi Bin Dan.


Galeri Majlis Penghargaan SK Sambir 2016

Bahagian sarana menyambut kedatangan tetamu

Bahagian siaraya bersiap-sedia

Keadaan pelajar di dalam dewan sekolah

Keadaan pelajar di bahagian luar dewan sekolah

Pameran PSV, hasil kerja pelajar

Juruacara majlis memulakan tugas mereka

Tetamu kehormat majlis, En. Marshall Wekey Ak
Henry Atie (SAO Pejabat Daerah Asajaya) telah tiba

En. Marshall menandatangani buku kehadiran

NYDP PIBG, En. Khaimi turut menandatangani
buku kehadiran

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh (bacaan doa
diketuai oleh Adzharnif, pelajar Tahun 6)

Guru Besar SK Sambir, En. Issnu Bin Dollah memberi 
sedikit ucapan

En. Marshall Wekey menyampaikan ucapan, amanat 
dan merasmikan majlis

Persembahan selingan, lagu nasyid oleh pelajar
Tahun 5

Sesi penyampaian sijil prasekolah 1

Sesi penyampaian sijil prasekolah 2

Sesi penyampaian sijil pengawas (Adzharnif- ketua pengawas)

Sesi penyampaian sijil pengawas 
(Nur Ain Adawiyah-Penolong Pengawas)

Sesi penyampaian sijil untuk ketua dan penolong kelas

Persembahan selingan pelajar Tahun 5 dengan lagu
Hang Pi Mana

Persembahan selingan, drama muzikal dari pelajar
Tahun 6 bertemakan persahabatan

Penyampaian Anugerah Pelajar Harapan-
 Nur Insyirah Mastura Bt. Abdul Rahman

Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang
Kokurikulum- Adzharnif Bin Rahman

Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang
UPSR dan Akademik/Kurikulum-
Nur Ain Adawiyah Bt. Barawi

Penyampaian jambangan bunga sebagai tanda
penghargaan kepada seluruh warga SK Sambir

Wajah gembira guru yang menerima jambangan bunga 1

Wajah gembira guru yang menerima jambangan bunga 2


Seluruh warga SK Sambir mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Ahmad Bin Bongom (guru bersara) yang telah menyumbang tenaga dalam mendidik pelajar Tahun 6 untuk subjek Bahasa Inggeris menerusi program Jejak Gemilang anjuran sekolah.


@skss2016