Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 30 June 2020

Taklimat Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah

Pada 30 Jun 2020 (Selasa), taklimat pembukaan semula prasekolah telah diadakan di Prasekolah Kasih SK Sambir. Taklimat tersebut bermula pada jam 9 pagi dan taklimat disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri dan juga beberapa perkara yang berkaitan dengan prasekolah disampaikan oleh guru prasekolah, Puan Ruhiyati Idayu Binti Borhan.

Sebelum bermulanya taklimat, ibu bapa penjaga yang hadir perlu menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan suhu dan sanitasi tangan. Pelitup muka juga dipakai bagi mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Intipati taklimat garis panduan pembukaan semula prasekolah adalah seperti berikut:
  • Tarikh pembukaan semula prasekolah iaitu pada 1 Julai 2020 (Rabu)
  • Persediaan sebelum murid ke sekolah
  • Pengangkutan murid pergi dan balik dari sekolah
  • Ketibaan di pintu masuk sekolah
  • Pergerakan murid
  • Jadual masa murid belajar (pembahagian sesi/kumpulan)
Garis panduan pembukaan sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah diedar kepada guru dan staf sokongan. Pembantu Pengurusan Murid, Puan Siti Zauwiah Binti Hadzli akan menyampaikan maklumat yang selanjutnya ke dalam grup rasmi prasekolah sebagai rujukan kepada ibu bapa penjaga dari semasa ke semasa. Guru Besar juga meminta unit prasekolah untuk mewujudkan fail pengurusan Covid-19  agar apa saja urusan yang berkaitan dapat dimasukkan sebagai rekod.

Seramai 19 orang ibu bapa penjaga menghadiri taklimat dan menerima dokumen berkaitan dengan taklimat. Pada jam 1015 pagi, taklimat berakhir.

Lampiran Gambar:









sksambir2020

Tuesday 23 June 2020

Lawatan PPD Samarahan ke SK Sambir

Pada 17 Jun 2020 (Rabu), SK Sambir telah menerima lawatan dari pegawai PPD Samarahan. Pegawai yang hadir ke SK Sambir ialah Encik Ismaili Ishah dan Encik Jublin Nanang dari Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan PPD Samarahan.

Antara objektif lawatan tersebut adalah:

  • memantau jadual kelas murid apabila sekolah dibuka kelak
  • melihat keadaan sekeliling sekolah dari aspek fasiliti
  • memastikan sekolah dalam keadaan bersedia untuk memulakan sesi persekolahan semula
Dalam masa yang sama, unit HEM juga berurusan dengan pihak PPD untuk urusan persiapan sekolah dan murid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan  (PKPP) yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2020.

Urusan sesi persekolahan, jadual murid dan jadual mengajar guru juga turut dibincangkan dan akan dikemaskini oleh unit Korikulum dari semasa ke semasa

Seterusnya, lawatan diteruskan ke unit Prasekolah bagi memastikan keadaan di prasekolah dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menerima kedatangan murid semula.

Lampiran Gambar:






@sksambir2020

Wednesday 17 June 2020

Gotong Royong Sekolah PKPP

Pada 17 Jun 2020 (Rabu), gotong-royong sekolah telah diadakan di SK Sambir. Gotong-royong yang diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan itu bertujuan untuk mempersiapkan sekolah sebelum sesi persekolahan dibuka semula. Sebelum gotong-royong dimulakan, semua guru dan AKP bermesyuarat terlebih dahulu bagi menerangkan kepentingan mengikut SOP dan juga memahami buku garis panduan pengurusan sekolah sepanjang musim Covid-19 yang disediakan oleh KKM dan KPM.

Aktiviti gotong-royong bermula pada jam 10:10 pagi dan guru-guru diminta untuk susun atur semula kedudukan kerusi meja murid mengikut syarat penjarakan sosial. Selotep merah digunakan untuk tujuan penunjuk arah dan pembahagian kawasan. Guru-guru bertugas mengikut kelas masing-masing:

Tahun 1:
  • Yakna @ Ya'ana Drahman
  • Fauziah Dee
  • Faizal Jarawi
Tahun 2:
  • Simai Ahmad
  • Othman Bujang
Tahun 3:
  • Muhammad Nazrulah Malek
  • Normala Sapiee
Tahun 4:
  • Cynthia Tella
  • Saharil Sapian
Tahun 5:
  • Sabariah Ahmad
  • Abang Mohd. Syukur Abang Husaini
Tahun 6:
  • Arifin Hassan
  • Rhamina Austine Tinggie
Prasekolah:
  • Ruhiyati Idayu Borhan
  • Siti Zauwiah Hadzli
Kawasan pejalan kaki:
  • Mohamad Ali Yusup
  • Muhammad Nazrulah Malek
  • Zuraimi Sulong
Gotong-royong selesai pada jam 11:10 pagi dan guru bersurai pada jam 11:30 pagi.

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:



















@sksambir2020

Monday 15 June 2020

Aktiviti Sanitasi Prasekolah

Pada 19 Mei 2020 (Selasa), pihak Bomba dari balai bomba Asajaya telah mengadakan aktiviti sanitasi di Prasekolah Kasih, SK Sambir. Aktiviti sanitasi itu bertujuan untuk memastikan keadaan premis (prasekolah) dalam keadaan bersih dan mematuhi prosedur piawaian kebersihan atau SOP. Aktiviti sanitasi itu merupakan usaha untuk mengekang penularan virus Covid-19 yang sedang merebak di seluruh dunia dan menyebabkan kematian. Aktiviti sanitasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Encik Saiful Ismail Bin Osman.

Antara lokasi yang telah disanitasi oleh pihak bomba ialah:
  • Luar bangunan prasekolah
  • Dalam bangunan prasekolah
  • Di sekeliling pagar prasekolah
Aktiviti tersebut dipantau oleh pembantu pengurusan murid yang bertugas, Puan Siti Zauwiah Hadzli. Aktiviti sanitasi dimulakan pada sebelah pagi dan berakhir sebelum tengah hari.

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:









@sksambir2020