Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 23 October 2019

Program Bantuan Zakat Asnaf 2019

Pada 23 Oktober 2019 (Rabu), pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga murid-murid yang terpilih bagi menerima Bantuan Zakat Asnaf 2019 bermula jam 10:30 pagi. Ia melibatkan 50 orang ibu bapa/penjaga yang menerima bantuan tersebut dan ia di bawah pengurusan Unit HEM iaitu En. Barawi Bin Leman selaku Penolong Kanan HEM. Pegawai bank yang hadir bagi membantu menguruskan pengisian borang bantuan zakat adalah seperti berikut:
  • Puan Fazila Binti Bujang
  • Puan Nurzarini Binti Hassan
Sebelum program bermula, Penolong Kanan Pentadbiran SK Sambir iaitu En. Faizal Bin Jarawi selaku wakil Guru Besar telah mengingatkan ibu bapa/penjaga supaya bantuan yang diterima perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan bantuan itu merupakan satu keperluan bagi murid-murid yang dipilih bagi kepentingan pendidikan mereka.

Seterusnya, sesi selanjutnya disampaikan oleh pegawai bank yang menerangkan cara pengisian borang yang diagihkan kepada ibu bapa/penjaga yang hadir. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga turut terlibat membantu ibu bapa/penjaga mengisi maklumat di dalam borang permohonan tersebut.













@sksambir2019

No comments:

Post a Comment