Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 26 May 2022

Sambutan Hari Guru, Hari Raya dan Hari Gawai SK Sambir 2022

Pada 26 Mei 2022 (Khamis), SK Sambir telah mengadakan Sambutan Hari Guru, Hari Raya dan Hari Gawai peringkat sekolah. Ia merupakan program gabungan yang julung kali diadakan setelah negara beralih ke fasa endemik. Atur cara sambutan adalah seperti berikut:


Lampiran gambar sepanjang sambutan boleh diklik di pautan yang disediakan:

Album Sambutan Hari Guru, Hari Raya dan Hari Gawai 2022

Video sambutan boleh ditonton di saluran rasmi Youtube SK Sambir:

Bacaan ikrar Hari Guru

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

Nyanyian lagu Pendidik Bumi Kenyalang

Acara potong kek Hari Guru


@sksambir2022

Friday 20 May 2022

Mini Karnival SEGAK SK Sambir 2022

Pada 19 Mei 2022 (Khamis), unit Kokurikulum mengadakan Program BMI 5-9 tahun dan Ujian SEGAK bersempena dengan Mini Karnival SEGAK SK Sambir. Pelan lantai program ujian adalah seperti berikut:

  • Stesyen 1: BMI
  • Stesyen 2: Naik turun bangku (3 minit)
  • Stesyen 3: Tekan tubi/suaian (1 minit)
  • Stesyen 4: Ringkuk tubi (1 minit)
  • Stesyen 5: Jangkauan melunjur
  • Stesyen 6: Data
Bertemakan 'Kesihatan untuk negara', objektif program ini diadakan ialah:
  • Mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
  • Melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir
  • Menganalisis, menginterpretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu
  • Melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik.
  • Pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
Lampiran gambar adalah seperti berikut:


















@sksambir2022