Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 31 May 2017

Lawatan Tapak YB Rubiah Hj Wang ke SK Sambir

Pada bulan ini, YB Rubiah Hj. Wang, dari Parlimen P197 Kota Samarahan telah mengadakan lawatan tapak bagi cadangan pembinaan dewan sekolah baharu untuk SK Sambir. Lokasi tapak telah dikenalpasti dan pembinaan dewan tersebut merupakan rekaan dewan terbuka. Anggaran kos bagi pembinaan dewan baharu adalah RM 149 986.60.

>>aktiviti sepanjang lawatan tapak YB Rubiah ke SK Sambir




@sksambir

Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSS Samarahan 2017

Pada 18 Mei 2017 (Khamis), SK Sambir menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSS Samarahan 2017 bagi empat pasukan iaitu Simunjan A, Simunjan B, Samarahan dan Asajaya. Ahli jawatankuasa untuk kejohanan tersebut ialah:

Penasihat: En. Latip Bin Bujang (Pen. PPD Samarahan)
Pengerusi: En. Issnu Bin Dollah (GB SK Sambir)
Setiausaha: En. Choo Lian Sin (Pen. Penyelia Sukan PPD Samarahan)
Pengerusi teknik: En. Edie Bin Rosli (SK Pinang) | En. Kamarudin Bin Drahman (SK Kg. Baru)
JK Teknikal/PA System: En. Zuraimi Bin Sulong (SK Sambir)
JK Hadiah: Cik Nur Azshieldha Bt. Sahran (SK Sambir) | Pn. Nora Binti Endo (SK Sambir)
JK Makanan/Minuman: Pn. Fauziah Binti Hj. Dee (SK Sambir) | Pn. Yakna Binti Hj Drahman (SK Sambir)
JK Ballpicker: En. Mohamad Ali Bin Yusup (SK Sambir) | Murid SK Sambir
JK Pengacara Majlis: En. Seruji Bin Untong (SK Kg. Rembus)
JK Buku Program & Pendaftaran: En. Mohd. Azzahir Bin Abdullah | Cik Syamsyiyah Bin Salleh
JK Pengangkutan: En. Misrosa Bin Kamis
JK Persiapan Padang/Kebersihan/Peralatan: Skuad Mesra Samarahan

Lembaga/juri rayuan
  1. En. Choo Lian Sin
  2. En. Rosli Bin Obeng
  3. En. Issnu Bin Dollah
  4. En. Edie Bin Rosli
  5. En. Kamarudin Bin Drahman
  6. En. Taha Bin Reduan
Panel Pemilihan
  1. En. Choo Lian Sin
  2. En. Rosli Bin Obeng
  3. En. Edie Bin Rosli
  4. En. Taha Bin Reduan
Jadual Perlawanan

Samarahan VS Asajaya (0900-0940 pagi)
Simunjan A VS Simunjan B (0940-1020 pagi)
Simunjan B VS Samarahan (1020-1100 pagi)
Asajaya VS Simunjan A (1100-1140 pagi)
Asajaya VS Simunjan B (1400-1440 petang)
Samarahan VS Simunjan A (1440-1520 petang)

Keputusan Kejohanan

Johan: Simunjan A
Naib Johan: Samarahan
Tempat ketiga: Simunjan B
Tempat keempat: Asajaya



Galeri Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSS Samarahan 2017









@sksambir

Wednesday 24 May 2017

Sambutan Hari Guru SK Sambir 2017

Pada minggu lepas, 16 Mei 2017 (Selasa), sambutan Hari Guru SK Sambir peringkat sekolah untuk tahun 2017 telah diraikan. Sambutan tersebut diadakan di ruang legar makmal komputer sekolah dan telah dikendalikan oleh ahli kumpulan pelaksana. Dengan tema yang sama seperti tahun lepas iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa', sambutan kali ini sederhana tetapi meriah dan pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan choral speaking Tahun 2, persembahan choral speaking 'Days at School' oleh kumpulan CS SK Sambir, deklamasi sajak, persembahan tarian prasekolah dan iringan koir murid untuk lagu tema Hari Guru.

AJK untuk sambutan Hari Guru tahun ini ialah:

Pengerusi: Mohamad Ali Yusup
Buku program: Nora Endo & Nur Azshieldha Sahran
PA system: Zuraimi Sulong, Kamarudin
Dokumentasi: Nur Azshieldha Sahran & Yunus Kawi
Peralatan: Shukor Hamdan, Norhailman, Zuraimi Sulong, Mohamad Ali Yusup

Galeri Sambutan Hari Guru SK Sambir 2017

Pengacara majlis sambutan Hari Guru, Haiqal Fathurrahman (Tahun 6) dan Rabiatul Adawiyah (Tahun 5) mengendalikan majlis dengan baik.

Sesi bacaan doa (diketuai oleh Ishral Raqib Taip, murid Tahun 6)

Perutusan Hari Guru dari KPM yang dibaca oleh Penolong Kanan 1 SK Sambir, En. Samsudin Uas

Sedikit ucapan dari YDP PIBG SK Sambir, En. Taip bin Gondah

Ucapan Hari Guru oleh Guru Besar SK Sambir, En. Issnu bin Dollah

Bacaan ikrar Hari Guru oleh semua guru SK Sambir

Nyanyian lagu Hari Guru dari para guru yang diiringi oleh koir SK Sambir

Acara potongan kek Hari Guru. Kek disediakan oleh pihak RMT SK Sambir

Persembahan choral speaking dari murid Tahun 2, dibimbing sepenuhnya oleh Madam Cynthia Tella

Pemberian sijil kecemerlangan dari pihak jabatan kepada guru-guru yang terlibat penuh dalam prestasi UPSR tahun lepas.


Deklamasi sajak Hari Guru yang disampaikan oleh dua orang murid Tahun 6

Cenderahati dari PIBG diserahkan kepada semua guru SK Sambir

Cenderahati dari GB SK Sambir kepada semua warga SK Sambir

Majlis berakhir dengan acara bermukun dan jamuan makan


@sksambir2017

Monday 15 May 2017

Program Senamrobik Bersama Milo II

Pada Khamis lepas- 11 Mei 2017, program senamrobik bersama Milo telah dijalankan di SK Sambir untuk kali yang kedua pada tahun ini. Tapi untuk kali ini, Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dari Kampung Sambir dan Kampung Sebandi Matang telah terlibat bersama seluruh warga SK Sambir dalam memeriahkan program tersebut. Program tersebut antara usaha berterusan pihak sekolah bersama agensi luar dalam meningkatkan tahap kesihatan dan gaya hidup sihat di kalangan pelajar serta warga sekolah.

Tentatif program

10:00 pagi: Rehat
10:20 pagi: Pelajar, warga sekolah dan ahli Kospen berkumpul
10:30 pagi: Senamrobik bermula
11:00 pagi: Sesi minum Milo

Instruktor senamrobik: ahli Kospen Kampung Sambir
Pembantu instruktor: ahli Kospen Kampung Sebandi Matang

Galeri Program Senamrobik Bersama Milo II










@SKSambir2017

Perasmian Highly Immersive Programme (HIP) SK Sambir 2017


Pada Selasa lepas- 09 Mei 2017, Highly Immersive Programme (HIP) telah dilancarkan dan dirasmikan di SK Sambir. Program ini diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.


Sebagai sekolah yang dipilih untuk program tersebut, SK Sambir berpeluang untuk menyediakan perancangan aktiviti, melaksanakan aktiviti dan menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian. Antara aktiviti yang telah dipilih oleh guru yang bertanggungjawab mengendalikan HIP pada hari pelancaran ialah:

  • A Walk at Our English Lane
  • Hopscotch artwork
  • Choral Speaking
  • Quizzes
Selain itu, beberapa aktiviti ringan telah dijalankan dan akan diteruskan dalam usaha meningkatkan pemahaman dan penguasaan tatabahasa Bahasa Inggeris pada sebelah petang seperti:
  • Spelling bee exercise
  • Today's vocabulary
  • Learning and leisure games

Galeri Perasmian HIP SK Sambir 2017












@sksambir2017

Pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC 2017

Pada 11 Mei 2017 (Khamis), SK Sambir telah menyertai Pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC 2017 yang berlangsung di Dewan Jubli, Samarahan. Pertandingan anjuran Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC)/PUSAKA ini mensasarkan murid-murid bumiputera di daerah Kuching dan Samarahan, membabitkan seramai 220 orang murid dan 45 buah sekolah rendah dan menengah.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Perhubungan Korporat STIDC/PUSAKA, Puan Sharifah Norolah Wan Ahmad yang mewakili Pengurus Besar STIDC/PUSAKA. Pertandingan matematik kali-3 ini berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu keupayaan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 

SK Sambir telah menghantar tiga orang murid dan seorang guru pengiring untuk pertandingan tersebut iaitu:
  1. Rabi'atul Adawiyah Binti Mohtar
  2. Ainul Zara Binti Abdul Aziz
  3. Muhammad Daniest Asyraf Bin Mohd. Fadzlee
Guru pengiring: Arifin Bin Hassan

Menerusi pertandingan ini, kumpulan dari SK Sambir tidak memenangi pertandingan tetapi mereka telah meraih pengalaman yang baik untuk pembelajaran mereka. Juga tahniah diucapkan kepada SK Jemukan yang mewakili Samarahan kerana mendapat tempat ke-3 keseluruhan pasukan kuiz dan johan individu kuiz matematik- adik Muhd. Husaini Bin Hussain.

Galeri Pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC 2017




@SKSambir2017

Thursday 4 May 2017

Pertandingan Bola Sepak B12 SK Sambir

Pada 3 Mei 2017 yang lepas (Rabu), pasukan bola sepak B12 SK Sambir telah mengikuti pertandingan bola sepak yang berlangsung di SK Jaie. Saingan SK Sambir untuk perlawanan pertama ialah dari SK Pendam. Keputusan perlawanan pertama SK Sambir adalah seperti berikut:

SK Sambir vs SK Pendam
Keputusan: 2-0 (03/05/2017)

SK Sambir mara ke pusingan seterusnya dan saingan untuk perlawanan kedua ialah dari SK Beliong. Keputusan perlawanan kedua SK Sambir adalah seperti berikut:

SK Sambir vs SK Beliong
Keputusan: 5-0 (03/05/2017)

Untuk perlawanan yang ketiga, ia disambung pada hari seterusnya. Saingan ketiga untuk pasukan SK Sambir ialah SK Tanjung Apong. Keputusan perlawanan ketiga SK Sambir adalah seperti berikut:

SK Sambir vs Tanjung Apong
Keputusan: 0-1 (04/05/2017)

SK Sambir tidak dapat mengikuti pusingan seterusnya kerana tumpas pada perlawanan ketiga. Walau bagaimanapun, warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha dan kesungguhan pasukan SK Sambir dalam pertandingan bola sepak B12 kali ini.

@SKSambir2017

Wednesday 3 May 2017

Choral Speaking Peringkat Samarahan 2017

Pada tahun ini, Pertandingan Choral Speaking peringkat Samarahan telah diadakan di SK (A) Ibnu Khaldun, Samarahan. Pertandingan choral speaking yang berlangsung pada 02 Mei 2017 (Selasa) mendapat banyak penyertaan dan antara sekolah rendah di Samarahan yang mengikuti pertandingan ialah:
  • SK (A) Ibnu Khaldun
  • SK Iboi Pelanduk
  • SK Mata Parang
  • SK Asajaya Ulu
  • SK Tambay
  • SK Wira Jaya
  • SK Rembus
  • SK Haji Kelali Semera
  • SK Plaie
  • SK Dato Mohd. Musa
  • SK St. Michael
  • SK Jalan Muara Tuang 
  • SK Sambir (dan lain-lain)
Untuk pertandingan tersebut, peserta SK Sambir yang terdiri dari murid Tahap 2 diiringi oleh tiga guru pengiring iaitu En. Barawi Leman (PK HEM), En. Mohamad Ali Yusup (PK KK) dan Pn. Cynthia Tella (guru BI/choral speaking). Guru Bahasa Inggeris SK Sambir, Pn. Rhamina Austine Tinggie juga turut serta untuk menguruskan peserta SK Sambir seramai 32 orang. Sepanjang pertandingan berlangsung, peserta SK Sambir telah menunjukkan kebolehan, kepetahan dan juga kesungguhan mereka dalam menyampaikan persembahan menarik di hadapan juri. 

Pada akhir pertandingan, keputusan adalah seperti berikut:
  1. Tempat pertama: SK Tambay
  2. Tempat kedua: SK Sambir
  3. Tempat ketiga: SK (A) Ibnu Khaldun
Seluruh warga SK Sambir mengucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan Choral Speaking SK Sambir, tenaga pengajar dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kejayaan SK Sambir sebagai naib johan Choral Speaking Samarahan District 2017.

Galeri Choral Speaking Peringkat Samarahan 2017









Video Choral Speaking SK Sambir (Naib Johan Choral Speaking Samarahan 2017)



@sksambir2017