Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 3 July 2018

Aktiviti Pemakanan Prasekolah Bersama Ibu Bapa

Pada 25 Jun 2018 iaitu pada Isnin minggu lepas, aktiviti pemakanan prasekolah bersama ibu bapa telah dijalankan di SK Sambir. Ia merupakan aktiviti yang menggalakkan pemakanan sihat dan berkhasiat di kalangan murid prasekolah. Ibu bapa yang turut serta dalam program tersebut didedahkan dengan hidangan makanan yang berkhasiat, jumlah makanan yang diambil dan jenis-jenis set makanan yang sesuai untuk murid prasekolah kerana ia penting untuk tumbesaran serta perkembangan kanak-kanak tersebut.

Menerusi aktiviti ini juga, ia menekankan kepentingan pemakanan yang seimbang. Pemakanan ialah komponen penting untuk mengekalkan kesihatan dan amalan pemakanan optimum diperlukan untuk pertumbuhan positif dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio emosi. Oleh itu, prasekolah merupakan satu persekitaran yang dapat memberi dan menggalakkan fizikal serta mental yang optimum bagi kanak-kanak. Selain itu amalan makan secara sihat yang dipupuk dari awal dapat membantu murid untuk mengamalkannya sehingga ke peringkat dewasa. 

Oleh itu, objektif bagi aktiviti ini ialah:
  • menyediakan menu sihat di prasekolah
  • menyebarkan pengetahuan pemakanan mengikut kumpulan sasar (iaitu kanak-kanak/ibu bapa/pembantu pengurusan murid)
  • meningkatkan kemahiran penyediaan makanan sihat melalui aktiviti/latihan/kursus kepada guru, pembantu pengurusan murid dan juga ibu bapa penjaga.
Untuk aktiviti pemakanan prasekolah di SK Sambir, antara menu yang disediakan ialah:
  1. Nasi putih, sayur ditambah udang, telur goreng dan sup telur.
  2. Nasi putih, ayam kicap dan sayur labu air.

Galeri Aktiviti Pemakanan Prasekolah






@skssambir2018

No comments:

Post a Comment