Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 31 December 2021

Bantuan Persekolahan Back to School Yayasan Pelajaran MARA

Pada 21 Disember 2021 (Selasa), unit HEM SK Sambir di bawah pengurusan Penolong Kanan HEM, En. Barawi bin Leman telah melaksanakan pemberian bantuan Persekolahan Back to School Yayasan Pelajaran MARA. Murid yang menerima bantuan persekolahan tersebut adalah seperti berikut:

  • Muhammad Afzal Aizuddin bin Abdullah (Tahun 5)
  • Nur Syawani bin Suai (Tahun 2)
Pemberian bantuan persekolahan tersebut dijalankan di pejabat sekolah pada pukul 10 pagi mengikut SOP yang ditetapkan dan bantuan tersebut diterima oleh ibu/bapa/penjaga penerima masing-masing.

Lampiran gambar:

@sksambir2021

Friday 17 December 2021

Aktiviti Saringan Covid-19 Prasekolah SK Sambir

Pada 8 Disember 2021 (Rabu), Prasekolah Kasih mengadakan aktiviti saringan Covid-19 menggunakan test kit RTK Antigen yang dibekalkan kepada sekolah. Ia merupakan salah satu usaha warga pendidikan untuk memastikan murid-murid yang hadir ke sekolah secara bersemuka dalam keadaan benar-benar sihat dan memenuhi SOP yang telah ditetapkan.

Aktiviti saringan Covid-19 dijalankan pada sebelah pagi sebelum sarapan dan seramai 25 orang murid terlibat dengan saringan yang dikendalikan oleh guru prasekolah, Puan Ruhiyati Idayu dan pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah. Aktiviti ini di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM).

Lampiran gambar:










@sksambir2021

Thursday 16 December 2021

Majlis Khatam Al Quran SK Sambir 2021

Pada 11 Disember 2021 (Sabtu), panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Majlis Khatam Al Quran SK Sambir secara dalam talian iaitu melalui Google Meet. Antara murid yang terlibat dalam majlis tersebut ialah murid-murid Tahun 6 seramai 27 orang.  Majlis bermula sekitar jam 9 pagi dan murid berada di kediaman masing-masing untuk sesi khatam. Majlis selesai sekitar tengah hari dan murid-murid yang terlibat menyerahkan cenderahati kepada guru-guru yang hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Lampiran gambar:















@sksambiryba8110

Friday 10 December 2021

Sambutan Hari Lahir Prasekolah dan Penutup Sesi Persekolahan 2021

Pada 9 Disember 2021 (Khamis), Prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan sambutan hari lahir dan juga meraikan penutupan sesi persekolahan untuk tahun 2021 sebelum bermulanya cuti sekolah pada 11 Disember 2021. Sambutan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada 11:30 pagi. Acara cabutan bertuah juga dilaksanakan bersama dengan mana-mana guru yang hadir pada hari tersebut dan juga AKP yang bertugas.

Sambutan tersebut diuruskan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan setiap murid serta warga sekolah yang hadir juga sudah menjalani saringan Covid-19.

Lampiran gambar:

Sesi bergambar prasekolah (individu)








Sesi bergambar (pertukaran hadiah)









Sesi bergambar (cabutan bertuah)







Sesi bergambar(lain-lain)






@sksambir2021