Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 24 September 2018

UPSR 2018: Selamat Maju Jaya untuk Murid Tahun 6



Suasana sebelum murid-murid menduduki peperiksaan UPSR:




@sksambir2018

Program Solat Hajat dan Restu Ilmu

Pada 21 September 2018 (Jumaat), Program Solat Hajat dan Restu Ilmu telah dilaksanakan di makmal komputer SK Sambir. Menerusi Program Solat Hajat, Haji Yusof bin Haji Johari telah dijemput untuk menjadi imam solat Duha, solat Hajat dan bacaan Yasin bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada 24-27 September 2018.

Seterusnya, Program Restu Ilmu dilaksanakan setelah program solat Hajat selesai dan bermula sekitar 9 pagi. Aturcara program adalah seperti berikut:
  • Pendaftaran: Ustazah Sabariah Ahmad
  • Bacaan doa: Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor (pengacara majlis Cikgu Abang Mohd. Syukur Abang Husaini)
  • Ucapan Guru Besar
  • Ucapan YDP PIBG
  • Ucapan wakil murid: adik Mohd. Wafiq
  • Nasihat wakil ibu bapa
  • Murid bersalaman dengan guru
  • Sesi bergambar
  • Jamuan makan: diuruskan oleh Cg Ya'ana @ Yakna Drahman
Galeri Program Solat Hajat dan Restu Ilmu




@sksambir2018

Wednesday 19 September 2018

Senamrobik MILOKPM Activ Jam SK Sambir 2018




Pada tahun ini, SK Sambir telah menyertai pertandingan senamrobik anjuran MILO KPM iaitu Milo Activ Jam. Ia melibatkan 10 orang perserta, 2 peserta simpanan dan 2 orang jurulatih.

Rujuk pautan ini untuk info lain (youtube/sksambirsenamrobik)


@sksambir2018

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada 14 September 2018 (Jumaat), SK Sambir telah mengadakan majlis penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Dewan Terbuka sekolah. Sambutan tersebut diadakan secara sederhana guru-guru bersama semua murid.

Majlis penutupan yang bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Ridzuan, diteruskan dengan ucapan ringkas mengenai kemerdekaan oleh guru yang bertugas.

Seterusnya, aktiviti senamrobik bersama murid-murid dan diiringi oleh guru-guru. Majlis penutupan selesai pada jam 10 pagi. Diharap aktiviti yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaan dapat memberi manfaat kepada semua murid yang terlibat.

Galeri Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2018




@sksambir2018

Thursday 13 September 2018

Selamat Hari Malaysia!


@sksambir2018

Pertandingan Bola Sepak Senior PSKPP Samarahan 2018


Pada 8 September 2018 (Sabtu), pertandingan bola sepak senior PSKPP Samarahan telah berlangsung di padang bola sepak SK Sambir selepas pemilihan pasukan pada 27 Ogos 2018. Terdapat 4 pasukan yang dibahagikan kepada dua perlawanan iaitu:
  • Perlawanan 1: Samarahan B vs. Simunjan A
  • Perlawanan 2: Simunjan B vs. Samarahan A
Menerusi perlawanan pertama antara Samarahan B menentang Simunjan A, Simunjan A mara ke peringkat akhir. Untuk perlawanan kedua antara Simunjan B menentang Samarahan A, Samarahan A mara ke peringkat akhir. Seterusnya, perlawanan antara Samarahan B menentang Simunjan B dilanjutkan untuk merebut kedudukan ke-3 dan ke-4.

Keputusan untuk setiap perlawanan adalah seperti berikut:
Tempat pertama: Simunjan A
Tempat kedua: Samarahan A
Tempat ke-3: Simunjan B
Tempat ke-4: Samarahan B


Galeri Pertandingan Bola Sepak Senior PSKPP Samarahan 2018














@sksambir2018

Monday 3 September 2018

Sambutan Ambang Merdeka 2018

Pada 30 Ogos 2018 (Khamis), Sambutan Ambang Merdeka telah diadakan di Dewan Terbuka SK Sambir. Bertemakan 'Sayangi Malaysiaku', pelbagai aktiviti dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ogos ialah:
  • Pertandingan mewarna (prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)
  • Pertandingan melukis poster (Tahun 4 dan Tahun 5)
Aktiviti yang telah dijalankan pada hari sambutan ialah:
  • Pertandingan Pakaian Beragam (kelas prasekolah dan kelas perdana)
  • Pertandingan basikal berhias (kelas prasekolah dan kelas perdana)
  • Deklamasi sajak daripada murid (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 6)
Aturcara sambutan pada hari tersebut ialah:

0700 pagi: Murid-murid berkumpul di Dewan Terbuka sekolah
0715 pagi: Pendaftaran peserta pertandingan Basikal Berhias dan Pakaian Beragam
0800 pagi: Ketibaan Guru Besar, guru-guru dan AKP
0810 pagi: Majlis bermula
  • Bacaan doa (daripada adik Mohd. Wafiq bin Hip- Tahun 6)
  • Nyanyian lagu Negaraku dan Sarawak Ibu Pertiwiku
  • Nyanyian lagu tema kemerdekaan- Kita Punya Malaysia
  • Ucapan rasmi daripada Guru Besar SK Sambir
  • Pertandingan Pakaian Beragam (kategori Prasekolah)
  • Deklamasi sajak (Aliah Darwisyah binti Indera-Tahun 1/Negaraku Merdeka, Aisha Nabila binti Sardon-Tahun 2/Sumpah Anak Merdeka)
  • Pertandingan Pakaian Beragam (kategori Perdana)
  • Deklamasi sajak (Daniel Arrazy-Tahun 3/Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, Ainul Zara binti Abdul Aziz-Tahun 6/Riang Ria Merdeka)
  • Perarakan sempena hari kemerdekaan (sekolah-kampung-sekolah)
  • Penyampaian hadiah (pertandingan mewarna, pertandingan melukis poster, pakaian beragam dan basikal berhias)

1100 pagi: Bersurai

Galeri Sambutan Ambang Merdeka 2018