Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 2 August 2019

Gabungan Perjumpaan Kelab Akademik

Pada 01 Ogos 2019 (Khamis), gabungan perjumpaan kelab akademik di SK Sambir telah diadakan bagi mengumpul semua ahli kelab dalam satu aktiviti yang dijalankan bersama. Ketua panitia bagi setiap kelab akademik bersama-sama menguruskan aktiviti payung terjun dengan menyediakan bahan, demo dan pemantauan aktiviti. Kelab akademik yang terlibat dalam aktiviti tersebut ialah:
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Doktor Muda
  • Kelab Matematik
  • Kelab Sains
  • Kelab Bahasa Inggeris
  • Kelab Pendidikan Islam
Aktiviti payung terjun merupakan aktiviti di mana murid-murid diminta untuk menyiapkan payung terjun mainan mereka secara berkumpulan. Aktiviti ini menguji kemahiran murid-murid secara praktikal dan juga bagaimana murid mengaplikasikan pembelajaran mereka dalam menerbangkan payung terjun yang mereka cipta sendiri. Penerangan aktiviti ini disampaikan oleh Madam Cynthia Tella dan dibantu oleh guru-guru yang terlibat.

Suasana sepanjang aktiviti:








@sksambir2019

No comments:

Post a Comment