Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 8 August 2019

Lawatan dari PPD bahagian Prasekolah dan SPLKPM

Pada 08 Ogos 2019 (Khamis), lawatan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan dari bahagian Prasekolah dan SPLKPM telah hadir ke SK Sambir. Ia merupakan lawatan pemantauan dan kunjung bantu dari pegawai yang ditugaskan iaitu:
  • Puan Madelina Inum (SPLKPM)
  • Puan Buyau Beriak (Prasekolah)
Guru yang bertanggungjawab untuk pengurusan prasekolah ialah guru prasekolah SK Sambir iaitu Puan Ruhiyati Idayu Binti Borhan, dibantu oleh pembantu pengurusan murid (PPM) Puan Siti Zauwiah Binti Hadzli serta guru pelatih prasekolah dari IPG Tun Abdul Razak Samarahan iaitu Cik Aishah Binti Jamal. Untuk pengurusan kursus (SPLKPM) guru dan staf sekolah, guru yang bertanggungjawab ialah Encik Muhamad Nazrulah Bin Malek. Encik Sufian Bin Basri selaku guru besar SK Sambir turut hadir untuk memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak pegawai dari PPD.

Lawatan tersebut bermula pada sekitar jam 12:20 tengah hari berakhir pada jam 01:15 petang.





@sksambir2019

No comments:

Post a Comment