Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 28 August 2019

Program Ceramah Motivasi UPSR SK Sambir 2019

Pada 28 Ogos 2019 (Rabu), Program Ceramah Motivasi UPSR SK Sambir 2019 telah diadakan di dewan perdana sekolah. Ceramah disampaikan oleh En. Muhammad Azri Izzat Bin Rasidi, guru dari SMK Hajah Laila Taib dan beliau juga merupakan seorang penceramah bebas. 

Program bermula pada jam 0800 pagi, memberi fokus kepada hala tuju murid sebelum menghadapi peperiksaan serta memberi penekanan terhadap pentingnya pendidikan untuk kemajuan masa hadapan. Seramai 18 orang murid Tahun 6 menghadiri ceramah tersebut (seorang murid tidak hadir) dan ia juga melibat guru-guru mata pelajaran teras Tahun 6.

Atur cara program adalah seperti berikut:

0745 pagi
- Kehadiran murid Tahun 6

0800 pagi
- Ucapan aluan dari pengacara majlis (En. Junaidi Bin Suut)

0810 pagi
- Bacaan doa (adik Muhammad Faiz Bin Abu Samah)
- Ceramah motivasi (disampaikan oleh En. Muhammad Azri Izzat Bin Rasidi)
- Ucapan perasmian penutupan motivasi kecemerlangan UPSR 2019 (dirasmikan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri)
- Penyerahan bantuan alat tulis kepada murid Tahun 6
- Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada penceramah
- Jamuan
- Bersurai

Jawatankuasa program adalah seperti berikut:


Suasana sepanjang program berlangsung:










@sksambir2019

No comments:

Post a Comment