Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 9 August 2019

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1 SK Sambir

Pada 09 Ogos 2019 (Jumaat), sesi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1 SK Sambir telah diadakan di dalam kelas Tahun 1, 2 dan 3 bermula pada pukul 10 pagi. PBD merupakan pentaksiran yang menggantikan sistem peperiksaan untuk Tahap 1. Penggantian ini menjadikan murid-murid tidak perlu berdepan dengan peperiksaan tetapi mereka dinilai dengan teknik pentaksiran berdasarkan kemahiran asas 4M iaitu:
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul
Murid-murid dinilai secara berterusan melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. PBD sudah diperkenalkan pada tahun 2011 tetapi pada tahun 2019, sistem PBD telah menggantikan sistem berorientasikan peperiksaan bagi memberi peluang kepada murid Tahap 1 menikmati alam sekolah dengan sewajarnya dan mengurangkan tekanan di kalangan murid.

PBD juga merupakan salah satu usaha untuk menerapkan budaya pembelajaran yang lebih santai dan seronok berbanding dengan budaya pembelajaran formal yang digunakan sebelum ini. PBD dilihat membantu membangunkan karakter murid-murid dan memberi fokus kepada perkembangan murid melalui 5 aktiviti iaitu:
  • kuiz
  • permainan
  • main peranan
  • bercerita
  • projek mudah
Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 SK Sambir telah dilaksanakan oleh guru yang bertugas iaitu Encik Othman Bin Bujang dan setiap pentaksiran murid-murid diuruskan oleh guru kelas masing-masing iaitu:
  • Puan Simai Ahmad (Tahun 1)
  • Puan Normala Sapiee (Tahun 2)
  • Puan Ya'ana @ Yakna Drahman (Tahun 3)

@sksambir2019

No comments:

Post a Comment