Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 9 August 2019

Majlis Pelancaran Sekolah Transformasi (TS25) SK Sambir 2019

Pada 09 Ogos 2019 (Jumaat), Majlis Pelancaran Sekolah Transformasi (T225) SK Sambir telah diadakan di dewan perdana sekolah. SK Sambir telah dipilih untuk menjadi sebuah sekolah transformasi yang memberi fokus kepada kemenjadian murid  dan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan  serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). 

Untuk majlis ini, pihak sekolah telah menjemput ketua Kampung Sambir, penghulu Kampung Sambir, YDP PIBG dan pegawai perhubungan PDRM IPD Samarahan selaku tetamu VIP, turut dihadiri oleh ibu bapa penjaga murid-murid.

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

0700 pagi
- ketibaan ibu bapa
- ketibaan tetamu VIP
- nyanyian lagu Negara dan Ibu Pertiwiku
- bacaan doa (oleh adik Muhammad Faiz)
- ucapan aluan (Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri)
- ucapan perasmian( Pegawai perhubungan PDRM IPD Samarahan, Koperal Rohah Binti Kulai)
- simbolik perasmian
- persembahan murid (deklamasi sajak & story reading)
- jamuan
- bersurai

Gambar sepanjang majlis berlangsung:


























(Video persembahan murid boleh ditonton di Youtube Channel SK Sambir. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Sekolah Transformasi (TS25), sila rujuk pautan berikut: SK Sambir TS25)

@sksambir2019

No comments:

Post a Comment