Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 28 August 2019

Majlis Penutupan Program Inspirasi YaPEIM

Pada 27 Ogos 2019 (Selasa), Majlis Penutupan Program Inspirasi Sekolah Rendah telah diadakan di Dewan Suarah Samarahan. Bertemakan 'Memacu Kejayaan Bersama', ia merupakan program motivasi peringkat negeri Sarawak anjuran YaPEIM dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang peperiksaan yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR)- bermula pada minggu pertama bulan September. Antara tujuan lain program tersebut ialah:

  • memberi tips untuk persiapan akhir peperiksaan.
  • membantu meningkatkan pencapaian akademik murid.
  • membimbing murid dan guru dalam pendedahan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.

Tiga orang murid Tahun 6 telah menyertai program tersebut diiringi oleh seorang guru pengiring. Diharap program tersebut memberi manfaat dan juga pengalaman kepada murid yang terlibat serta membantu mereka dalam menjawab soalan peperiksaan UPSR kelak.

Murid yang terlibat:
  1. Nurul Farhani Binti Hussaen
  2. Muhammad Rofaiq Azfaruddin Bin Kalana
  3. Nur Syazliyana Binti Musa
Guru pengiring: En. Faizal Bin Jarawi





@sksambir2019

No comments:

Post a Comment