Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday, 28 August 2019

Hebahan dan Makluman Pertandingan bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan




Sesi Bergambar Program Senam Cergas Merdeka SK Sambir

[Seluruh warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Program Senam Cergas  Merdeka SK Sambir pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung]









@sksambir2019 

Program Senam Cergas Merdeka SK Sambir 2019

Pada 28 Ogos 2019 (Rabu), Program Senam Cergas Merdeka SK Sambir telah diadakan di padang bola sepak Kampung Sambir. Ia melibatkan murid-murid dari prasekolah, Tahun 1 sehingga Tahun 5. Guru-guru dan kakitangan sekolah yang tidak terlibat dengan Program Ceramah Motivasi UPSR turut terlibat di dalam program tersebut yang juga disertai oleh komuniti Kampung Sambir yang berminat untuk mengikuti sesi senaman.

Sesi warm-up senaman telah diketuai oleh Puan Nora Binti Endo, seterusnya sesi senaman Tabata diketuai oleh jurulatih Hitfat Asajaya, En. Irsyad. Kemudian diikuti dengan sesi senaman bersama komuniti Kampung Sambir serta sukan rounders. Program bermula pada sekitar jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi.












@sksambir2019

Sesi Bergambar Program Ceramah Motivasi UPSR SK Sambir 2019

[Seluruh warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Program Ceramah Motivasi UPSR SK Sambir pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung]





















@sksambir2019

Program Ceramah Motivasi UPSR SK Sambir 2019

Pada 28 Ogos 2019 (Rabu), Program Ceramah Motivasi UPSR SK Sambir 2019 telah diadakan di dewan perdana sekolah. Ceramah disampaikan oleh En. Muhammad Azri Izzat Bin Rasidi, guru dari SMK Hajah Laila Taib dan beliau juga merupakan seorang penceramah bebas. 

Program bermula pada jam 0800 pagi, memberi fokus kepada hala tuju murid sebelum menghadapi peperiksaan serta memberi penekanan terhadap pentingnya pendidikan untuk kemajuan masa hadapan. Seramai 18 orang murid Tahun 6 menghadiri ceramah tersebut (seorang murid tidak hadir) dan ia juga melibat guru-guru mata pelajaran teras Tahun 6.

Atur cara program adalah seperti berikut:

0745 pagi
- Kehadiran murid Tahun 6

0800 pagi
- Ucapan aluan dari pengacara majlis (En. Junaidi Bin Suut)

0810 pagi
- Bacaan doa (adik Muhammad Faiz Bin Abu Samah)
- Ceramah motivasi (disampaikan oleh En. Muhammad Azri Izzat Bin Rasidi)
- Ucapan perasmian penutupan motivasi kecemerlangan UPSR 2019 (dirasmikan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri)
- Penyerahan bantuan alat tulis kepada murid Tahun 6
- Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada penceramah
- Jamuan
- Bersurai

Jawatankuasa program adalah seperti berikut:


Suasana sepanjang program berlangsung:










@sksambir2019