Pada 2 April 2019 (Selasa), ceramah kesihatan mulut dan gigi telah diadakan di dewan RMT SK Sambir. Ceramah tersebut disampaikan oleh Dr. Taufik Firdaus dari Klinik Pergigian Kota Samarahan dan demontrasi memberus gigi yang dikendalikan oleh dua jururawat dari klinik pergigian yang sama. Ceramah ini di bawah pengurusan unit HEM.
Menerusi ceramah ini, kepentingan penjagaan gigi menjadi fokus utama ceramah dan bagaimana penjagaan gigi dilakukan. Dalam masa yang sama, penolong kanan pentadbiran juga turut berkongsi sedikit info tentang statistik kerosakan gigi kanak-kanak di Malaysia. Oleh yang demikian, antara tips yang disampaikan oleh penceramah adalah seperti berikut:
- Memberus gigi dua kali sehari
- Kurangkan makanan manis dan bergula
- Berjumpa dengan doktor dua kali setahun
- Guna ubat gigi berfluorida
- Gunakan flos gigi untuk membersihkan gigi secara menyeluruh
Antara perkara lain yang turut menjadi fokus utama dalam ceramah tersebut ialah fungsi gigi, contoh-contoh kerosakan gigi dan perbezaan antara gigi susu dan gigi kekal. Diharap ceramah tersebut dapat menambahkan pengetahuan murid dalam penjagaan gigi mereka.
Gambar aktiviti:
Sesi memberus gigi di kalangan murid dan dipantau oleh jururawat pergigian:
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment