Pada 2 April 2019 (Selasa), ceramah Rabies dan HFMD peringkat sekolah telah diadakan di dewan RMT selepas selesai sesi bersama MILO. Ceramah tersebut disampaikan oleh Doktor Hazwani dari Klinik Kesihatan Sambir. Ceramah ini di bawah pengurusan unit HEM dan ia melibatkan semua murid.
Menerusi ceramah tersebut, bahaya virus Rabies dan HFMD disampaikan dan bagaimana untuk mengelakkan diri dari dijangkiti virus tersebut. Dalam masa yang sama, penolong kanan pentadbiran iaitu En. Faizal Jarawi turut berkongsi info statistik kematian yang berpunca dari Rabies dan HFMD. Antara fokus utama di dalam ceramah tersebut ialah:
- Haiwan yang dijangkiti Rabies
- Cara pencegahan dari virus Rabies
- Mengenalpasti simptom HFMD
- Cara pencegahan dari virus HFMD
Antara perkara lain yang diadakan sepanjang ceramah ialah sesi menjawab kuiz dan juga soal jawab berkenaan dengan masalah Rabies dan HFMD. Diharap seluruh warga SK Sambir mendapat manfaat ilmu dari ceramah tersebut dan pihak SK Sambir mengucapkan terima kasih kepada pihak klinik yang sudi hadir untuk memberi ceramah.
Gambar sepanjang aktiviti:
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment