Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 12 April 2019

Majlis Pemotongan Riben Pacific Partnership (ENCAP) 2019

Pada 11 April 2019 (Khamis), Majlis Program Pacific Partnership 2019 telah diadakan di bangunan makmal komputer SK Sambir. Program tersebut merupakan kerjasama antara Malaysia dan Pacific Fleet of US Navy. 

Projek Jiwa Murni, juga dikenali sebagai Engineering Civic Action Program (ENCAP) telah dilaksanakan di SK Sambir bersempena dengan Eksesais Pacific Partnership 2019 dan ia telah dirasmikan oleh duta Amerika Syarikat yang datang ke Malaysia, TYT Kamala Shirin Lakhdir menerusi majlis pemotongan riben sebagai simbolik penyerahan  projek kepada pihak SK Sambir. Projek ENCAP di SK Sambir melibatkan kerja-kerja kejuruteraan bagi membaiki dan membina bahagian bawah struktur bangunan makmal komputer sekolah dan menyelenggara 2 bilik darjah serta stor. Projek ini dilaksanakan secara bersama oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tentera Amerika Syarikat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah: 
  • Leftenan Jeneral Dato' Wira Zamrose Bin Zain (Panglima Medan Timur Tentera Darat)
  • Captain Randy Van Rossum (USN Ketua Misi PP19)
  • Mejar Jeneral Dato' Md. Din Bin Hj. Abu (Panglima 1 Divisyen Infantri Malaysia)
  • En. Sufian Bin Basri (Guru Besar SK Sambir)
  • 33 orang pegawai dan anggota Skuadron ke-3 Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 RAJD)
  • 60 orang pegawai dan anggota tentera Amerika Syarikat.
  • Semua guru dan kakitangan sekolah, serta 30 0rang murid (terdiri dari murid Tahun 4, 5 dan 6)
Menerusi kerjasama tersebut, ia memberi manfaat terutamanya kepada anggota ATM kerana dapat menimba ilmu serta pengalaman bersama pihak tentera dari luar negara. Ia juga memberi pengalaman baru kepada pihak SK Sambir dalam penglibatan projek pembangunan sekolah bersama pihak luar. Selain dari SK Sambir, projek ENCAP juga dijalankan di 2 buah sekolah yang lain iaitu SK Sebandi Matang, Asajaya dan SK Tanah Puteh, Serian. Kesemua projek ENCAP bermula pada 12 Mac 2019 dan berakhir pada 10 April 2019. Seluruh warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan  masa, tenaga dan kos dari pihak Pacific Partnership dalam membantu infrastruktur sekolah.

GALERI PACIFIC PARTNERSHIP (ENCAP) 2019























@sksambir2019

No comments:

Post a Comment