Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 30 April 2018

Kejohanan Sukan Tahunan SK Sambir Tahun 2018 (Hari Kedua)

Pada 29 April 2018 (Ahad), hari kedua kejohanan sukan diteruskan dengan acara-acara sukan. Dalam masa yang sama, cabutan tiket bertuah diteruskan seperti hari sebelumnya dengan jumlah hamper sebanyak 125 buah- sementara hamper yang disediakan pada hari pertama kejohanan adalah sebanyak 107 buah. Pelajar UNIMAS turut hadir bagi memeriahkan kejohanan sukan hari kedua.

Acara sukan yang dipertandingkan pada hari kedua kejohanan adalah seperti berikut:

  • 2x200m Lelaki dan Perempuan A
  • 2x200m Lelaki dan Perempuan B
  • Sukaneka prasekolah
  • Acara sukaneka (dikendalikan oleh pelajar UNIMAS)
  • Acara sukan awam (disertai oleh ibu bapa, warga sekolah dan pelajar UNIMAS)
  • Sukaneka PIBG
Pada hari kedua dan juga hari terakhir kejohanan, pegawai dari Pejabat Daerah Asajaya (SAO) iaitu Puan Sanuyah Mohamad  telah hadir selaku tetamu jemputan dan merasmikan penangguhan kejohanan sukan. Penyampaian hadiah untuk setiap acara berlangsung pada pukul 3 petang dan selesai pada lewat pukul 4 petang.

Kami, warga SK Sambir ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini.

Suasana sepanjang kejohanan sukan hari kedua/hari terakhir:


Acara 4x200m lelaki A

Acara 4x200m perempuan A

Acara 4x200m lelaki B

Acara 4x200m perempuan B




Acara sukaneka prasekolah

Gelagat murid di sekitar padang bola sepak

Acara sukaneka PIBG iaitu menganyam ketupat lepas, sepak bola dalam gol kecil dan sukan awam (larian 100m dan 4x100m lelaki dan wanita)

Acara sukaneka iaitu pukulan bola tangkis paling banyak dan pukulan servis paling jauh- dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar UNIMAS di padang bola sepak SK Sambir

Sesi penyampaian hadiah untuk sukaneka PIBG dan sukan awam

Sesi penyampaian pingat kepada atlet sekolah yang berjaya

Penyampaian hadiah untuk kutipan sampah terbanyak yang dimenangi oleh rumah hijau (Syarif Masahor) dan acara perbarisan yang dimenangi oleh rumah biru (Rentap). Hadiah tersebut disampaikan oleh pengerusi PIBG, En. Taip bin Gondah.

Penyampaian hadiah untuk rumah sukan yang memenangi kejohanan. Rumah hijau (Syarif Masahor) menjadi johan untuk tahun ini, diikuti oleh naib johan iaitu rumah merah (Tun Jugah), tempat ketiga iaitu rumah biru (Rentap) dan tempat keempat rumah kuning (Kanang).

Olahragawan dan Olahragawati SK Sambir tahun 2018 iaitu adik Aniq Akimi dan Erra Ellisa.

Penyerahan cenderahati daripada SK Sambir kepada Pn. Sanuyah Mohamad sebagai tanda terima kasih kerana sudi hadir pada hari terakhir kejohanan sukan tahun ini.



@sksambir2018
"Sports do not build characters, they reveal it."- John Wooden

No comments:

Post a Comment