Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 30 April 2018

Pertandingan Bola Jaring & Bola Sepak di SK Pendam

Pada 26 April 2018 (Khamis), SK Sambir telah menghantar pasukan bola jaring dan bola sepak untuk bertanding di SK Pendam. Pertandingan tersebut merupakan perlawanan persahabatan antara sekolah rendah di Asajaya.

Bagi pasukan bola jaring SK Sambir, percubaan pertama di SK Sebandi Ulu pada 11 April 2018 yang lalu telah menjadi rujukan untuk memperbaiki kelemahan mereka. Menerusi bimbingan Ustazah Sabariah Ahmad, mutu permainan ditambahbaik dan motivasi murid dipertingkat.

Keputusan perlawanan SK Sambir antara sekolah lain adalah seperti berikut:
Game 1
SK Sambir
SK Serpan

4
2
Game 2
SK Sambir
SK Pendam (b)

7
2
Game 3
SK Sambir
SK Haji Kelali Semera

0
13

Pada perlawanan penentuan untuk mendapatkan tempat ke-3 dan ke-4, SK Sambir telah menentang SK Terasi dan pada akhir perlawanan, SK Terasi telah mendapat tempat ke-4 sekaligus menjadikan SK Sambir menduduki tempat ke-3.

Keputusan keseluruhan untuk pertandingan bola jaring ialah:

Johan: SK Haji Kelali Semera
Naib Johan: SK Pendam  (A)
Ketiga: SK Sambir
Keempat: SK Terasi

Menerusi perlawanan bola sepak di SK Pendam, pasukan SK Sambir gagal menumpaskan pasukan SK Haji Kelali Semera dan tidak dapat mara untuk perlawanan seterusnya. Faktor kekalahan dipercayai berpunca dari masalah stamina kerana pasukan SK Sambir telah bertanding di dalam Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSSR pada 24 dan 25 April 2018. Walau bagaimanapun, warga SK Sambir tetap mengucapkan syabas kepada pasukan bola sepak SK Sambir kerana telah mencuba sebaik mungkin.

Untuk pasukan bola jaring, warga SK Sambir ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha mereka meraih tempat ketiga di dalam pertandingan bola jaring dan ia merupakan percubaan kedua pasukan sekolah. Diharap mutu permainan pasukan bola jaring dapat dipertingkat dari masa ke semasa.

Antara gambar sepanjang aktiviti:






@sksambir2018

No comments:

Post a Comment