Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 30 April 2018

Kejohanan Sukan Tahunan SK Sambir Tahun 2018

Pada 28 April 2018 (Sabtu), Kejohanan Sukan Tahunan SK Sambir untuk tahun 2018 telah berlangsung meriah di padang bola sepak SK Sambir. Menerusi hari pertama kejohanan, wakil pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan iaitu Encik Ibrahim bin Bujang telah hadir untuk merasmikan kejohanan sukan. Guru Besar SK Asajaya Ulu, Encik Narudin Bin Bujang juga turut hadir bagi memeriahkan kejohanan sukan di SK Sambir. 

Pertandingan perbarisan rumah-rumah sukan menjadi acara pertama kejohanan dan beberapa acara sukan diadakan pada hari pertama iaitu:
  • 100m Lelaki dan Perempuan (A)
  • 100m Lelaki dan Perempuan (B)
  • 70m Lelaki dan Perempuan (C)
  • 50m Lelaki dan Perempuan (prasekolah)
  • 4x100m Lelaki dan Perempuan (A dan B)
  • 4x100m Lelaki dan Perempuan (A dan B)-acara jemputan bersama atlet SK Asajaya Ulu.
  • Acara lompat jauh Lelaki dan Perempuan
  • Acara lontar peluru Lelaki dan Perempuan
  • Sukaneka prasekolah
  • Acara lari dalam guni Lelaki dan Perempuan
Suasana sepanjang kejohanan sukan hari pertama:

Suasana di sekitar pentas

Rumah-rumah sukan SK Sambir

Acara perbarisan di padang bola sepak

Atlet-atlet sekolah berhimpun pada hari pertama kejohanan

Sesi nyanyian lagu Negaraku dan Sarawak Ibu Pertiwiku bersama kibaran bendera, diteruskan dengan bacaan doa oleh adik Muhammad Wafiq  (Tahun 6) dan juga ikrar sukan oleh adik Aniq Akimi (Tahun 6)

Ucapan daripada Wakil PPD, En. Ibrahim bin Bujang dan Guru Besar SK Sambir, En. Issnu Bin Dollah. Acara diteruskan dengan pukulan gong sebagai simbolik perasmian dan penyerahan cenderahati daripada SK Sambir kepada wakil PPD kerana sudi hadir pada kejohanan sukan kali ini.


Antara pemenang cabutan bertuah, hadiah disampaikan oleh En. Ibrahim bin Bujang.

Acara sukan bermula dengan larian 100m lelaki A dan B

Acara larian 100m perempuan A dan 70m lelaki C

Acara 50m lelaki pra dan 70m perempuan C

Acara 4x100m lelaki A

Acara 4x100m perempuan A

Acara 4x100m bersama atlet SK Asajaya Ulu

Acara lompat jauh

Acara lontar peluru

Acara sukaneka prasekolah

Acara lari dalam guni lelaki dan perempuan


@sksambir2018

No comments:

Post a Comment