Pada 19 April 2018 (Khamis), SK Sambir telah menyertai pertandingan Poetry Recitation yang berlangsung di SK Haji Bujang Rangawan Putin. Ia merupakan satu galakan membaca menerusi deklamasi sajak. Pertandingan tersebut bertemakan alam semulajadi (nature) dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah di Samarahan. Dua orang murid telah dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut dan dilatih oleh Cikgu Cynthia Tella. Tajuk sajak dan nama peserta untuk pertandingan tersebut ialah:
Tajuk: Morning at Grandma May (created by Cynthia Tella)
Peserta: 1) Nur Jazmiza Bt. Junaidi/Tahun 5 2) Nurulain Nasuha Bt. Jamahari/Tahun 4
Menerusi pertandingan tersebut markah dinilai dari segi kelancaran/kefasihan, keaslian sajak, penjiwaan, intonasi suara, gaya dan juga ketepatan masa. Setiap peserta diperuntukkan selama 4 minit untuk menyampaikan deklamasi sajak mereka di hadapan juri. Untuk peserta dari SK Sambir, ia merupakan percubaan pertama mereka untuk bertanding di dalam poetry recitation.
Pertandingan Poetry Recitation ini telah dimenangi oleh peserta dari
Johan: SK Sungai Jernang
Naib Johan: SK Asajaya Laut
Ketiga: SK Haji Kelali Semera
SK Sambir tidak berjaya di dalam pertandingan kali ini. Walau bagaimanapun warga SK Sambir mengucapkan syabas di atas percubaan pertama mereka dan kesungguhan mereka untuk bersaing bersama peserta lain.
@sksambir2018
No comments:
Post a Comment