Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 14 May 2018

Junior Innovate 2018 TTT Session

Pada 12 Mei 2018 (Sabtu), SK Sambir menerima undangan untuk menyertai Junior Innovate 2018 Train-the-Trainer daripada Chumbaka Team. Chumbaka merupakan program pembelajaran secara inovasi dan teknologi yang menggalakkan pelajar untuk meneroka teknik pembelajaran alaf 21 melalui 3 kaedah iaitu:
  • project-based
  • real-life projects
  • competition
Junior Innovate diadakan di City Square dan dihadiri oleh murid Tahun 4, 5 dan 6. Selain SK Sambir, ia juga disertai oleh 19 buah sekolah lain seperti Lodge Primary School, SK Rakyat, SK Green Road, SK. St. Teresa dan juga Tunku Putra School yang aktif dalam pembelajaran STEM iaitu pendidikan berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Program inovasi seperti ini merupakan pendedahan baru bagi murid-murid SK Sambir.

Agenda untuk hari pertama ialah:
  1. Pengenalan terhadap Train-the-Trainer
  2. Projek Arduino menggunakan perisian Scratch
  3. Pendidikan Alaf 21
Pada 13 Mei 2018 (Ahad), dua orang guru SK Sambir dijemput untuk meneruskan sesi Train-the-Trainer bagi melatih guru-guru dalam teknik pembelajaran alaf 21. Guru yang dipilih untuk sesi TTT ialah Puan Normala Sapiee dan En. Mohd. Nazrin Saridu. Pendedahan mengenai Junior Innovate kepada murid-murid pada hari sebelumnya disambung pada hari kedua iaitu:
  1. Pengenalan terhadap live storytelling
  2. Projek Arduino menggunakan perisian Scratch
  3. Live storytelling, mentoring skills dan penerangan mengenai Junior Innovate.
Galeri Junior Innovate 2018 TTT Session







@sksambir2018

No comments:

Post a Comment