Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday, 2 January 2020

Pendaftaran Murid & Mesyuarat Pertama SK Sambir

Pada 30 Disember 2019 (Isnin), SK Sambir telah mengadakan pendaftaran murid dan juga mesyuarat pertama SK Sambir untuk sesi persekolahan tahun 2020. Semua pentadbir, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana (kecuali pembantu tadbir yang sedang bercuti melahirkan anak) telah hadir. 

Sebelum bermulanya mesyuarat, pendaftaran dimulakan seawal jam 8 pagi di kelas masing-masing dan melibatkan semua guru kelas untuk sesi persekolahan tahun 2020. Setelah selesai sesi pendaftaran murid sekitar jam 10:30 pagi, mesyuarat dimulakan dan dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu:
  • Info penting dari PPD disampaikan oleh Guru Besar seperti kehadiran murid, sahsiah murid, fail penting seperti SKPmg2, penggunaan tanda nama penjawat awam dan sebagainya.
  • Unit Kurikulum disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran- berkenaan dengan carta organisasi sekolah, jadual guru, jadual induk, jadual sit-in/teach-in dan sebagainya.
  • Unit HEM disampaikan oleh Penolong Kanan HEM- berkenaan dengan RMT, bantuan persekolahan, bantuan kewangan seperti KWAPM, e-Kasih dan sebagainya.
  • Unit Kokurikulum disampaikan oleh Penolong Kanan KK- berkenaan dengan carta organisasi kokurikulum, guru persatuan/kelab/rumah sukan, program sekolah sepanjang tahun dan sebagainya.
Mesyuarat pertama SK Sambir selesai pada jam 1 petang. Diharap sesi persekolahan SK Sambir untuk tahun 2020 berjalan dengan lancar dan semua program berjaya dijalankan.

Pendaftaran murid di Prasekolah Kasih

Pendaftaran untuk murid aliran perdana

Guru kelas menerangkan keperluan murid
 kepada ibu bapa/penjaga

Ibu bapa/penjaga yang hadir pada sesi pendaftaran
anak-anak mereka

Mesyuarat pertama sekolah dilaksanakan



@sksambir2020

No comments:

Post a Comment