Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 21 January 2020

Bengkel Pendigitalan Dokumen SK Sambir 2020

Pada 21 Januari 2020 (Selasa), bengkel pendigitalan dokumen telah diadakan di bilik guru SK Sambir. Bengkel pendigitalan ini merupakan usaha pihak sekolah terutama sekali unit HEM untuk memastikan setiap dokumen murid disimpan dalam format digital agar ia mudah diakses oleh pihak guru untuk kegunaan sekolah seperti:
  • urusan pendaftaran sekolah
  • permohonan bantuan persekolahan
  • penglibatan aktiviti luar/sukan
  • urusan yang berkaitan dengan hal-ehwal murid
Antara tujuan lain pendigitalan dokumen ini ialah membantu guru-guru menguruskan urusan murid dengan lebih cepat, lebih efisien dan lebih teratur. Bengkel ini dibimbing oleh Ustaz Mohd. Nazrulah Bin Malek dan guru-guru yang terlibat dalam bengkel tersebut ialah:
  • Encik Barawi Bin Leman
  • Puan Yakna @ Ya'ana Binti Drahman
  • Puan Rhamina Austine Tinggie
  • Encik Mohd. Nazrin Bin Saridu
  • Encik Saharil Bin Sapian
  • Puan Normala Binti Sapiee
  • Puan Cynthia Tella
  • Puan Sabariah Binti Ahmad
Gambar sepanjang bengkel berlangsung:









@sksambir2020

No comments:

Post a Comment