Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 27 November 2019

Hadiah Galakan Murid UPSR 2019

Pada majlis perpisahan guru berpencen di SK Sambir, turut diadakan juga Majlis Hadiah Galakan Murid UPSR 2019. Ia merupakan inisiatif pihak sekolah untuk menghargai murid-murid yang berjaya lulus penuh di dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini dan juga murid yang mendapat A di dalam keputusan UPSR. Hadiah berupa wang tunai telah disampaikan oleh guru yang bakal berpencen iaitu Cikgu Haji Junaidi bin Suut.

Diharap hadiah galakan ini akan memberi semangat kepada murid-murid agar terus maju di masa hadapan dan bersemangat untuk melangkah masuk ke alam persekolahan sekolah menengah.






Catatan: Nur Jazmiza, salah seorang murid Tahun 6
SK Sambir pada tahun ini merupakan anak bongsu
Cikgu Haji Junaidi






@sksambir2019

No comments:

Post a Comment