Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 10 January 2020

Dialog Prestasi Bil.1/2020 Tahun 6 [Sarana]

Pada 10 Januari 2020 (Jumaat), pihak sekolah mengadakan Dialog Prestasi untuk murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. Seramai 27 orang murid Tahun 6 hadir bersama  sekitar 20 orang ibu bapa/penjaga untuk perbincangan mengenai perkembangan murid Tahun 6 menerusi keputusan peperiksan tahun lepas. Perkara yang dibincangkan oleh Guru Besar, PK Pentadbiran dan juga guru-guru mata pelajaran adalah seperti berikut:
  • Post mortem Ujian Akhir Tahun 5 (2019)
  • Kelas Tuisyen
  • Buku aktiviti/latihan
Guru mata pelajaran teras kelas Tahun 6 yang bertanggungjawab pada tahun ini ialah:
  • Bahasa Melayu: Cikgu Arifin Bin Hassan
  • Bahasa Inggeris: Cikgu Rhamina Austine Tinggie
  • Matematik: Cikgu Abg. Mohammad Syukur Bin Abg. Husaini
  • Sains: Cikgu Normala Binti Sapiee
Gambar sepanjang sesi dialog berlangsung:








@sksambir2020

No comments:

Post a Comment