Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 20 January 2020

Kejohanan Merentas Desa MSS Samarahan 2020

Pada 18 Januari 2020 (Sabtu), SK Sambir telah menghantar 5 orang murid sebagai peserta sukan merentas desa yang dikelolakan oleh SMK Sebuyau Simunjan. Kejohanan ini merupakan anjuran bersama PPD Simunjan dan SMK Sebuyau.

Untuk kejohanan tersebut, peserta SK Sambir diiringi oleh dua orang guru pengiring iaitu Encik Mohamad Ali Bin Yusup (PKKK) dan Encik Saharil Bin Sapian. Guru Besar SK Sambir, Encik Sufian Bin Basri juga turut hadir untuk mengikuti perkembangan murid-murid yang menyertai kejohanan.

Pada akhir kejohanan, dua orang murid dari SK Sambir berjaya mendapat tempat di dalam kejohanan iaitu:
  1. Farah Ilyani (berada di kedudukan nombor 9 dari 300 peserta perempuan)
  2. Afiq Hakimi (berada di kedudukan nombor 17 dari 200 peserta lelaki)
Seluruh warga SK Sambir mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid SK Sambir yang telah berusaha sebaik mungkin di dalam kejohanan tersebut.

Gambar sepanjang kejohanan berlangsung:










@sksambir2020

No comments:

Post a Comment