Pada 17 Januari 2020 (Jumaat), Program Penangguhan Transisi Tahun 1 telah diadakan di kelas sementara Tahun 1. Program tersebut diuruskan oleh guru kelas Tahun 1 Sabar iaitu Puan Yakna @ Ya'ana Binti Drahman dan dibantu oleh Ustazah Fauziah Binti Dee selaku penolong guru kelas.
Program bermula pada jam 9 pagi dengan sedikit ucapan ringkas dari Penolong Kanan HEM iaitu Encik Barawi Bin Leman mengenai keperluan buku teks, bantuan persekolahan dan juga mengenai disiplin murid. Seterusnya, program diteruskan dengan amanat dari Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Faizal Bin Jarawi, mewakili guru besar yang sedang menghadiri urusan lain. Sekitar 15 orang ibu bapa/penjaga hadir untuk program tersebut.
Seterusnya, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid Tahun 1 yang dinilai dari aspek kehadiran, disiplin, perkembangan sahsiah dan sebagainya. Hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Faizal Bin Jarawi. Pengagihan dan penyerahan buku teks pula disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Encik Barawi Bin Leman.
Aktiviti yang dijalankan oleh murid Tahun 1 bersempena dengan program penangguhan transisi ialah:
- Bacaan cerita dalam Bahasa Melayu
- Bacaan cerita dalam Bahasa Inggeris
- Bacaan doa-doa harian
- Pelantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas (disampaikan oleh PK HEM)
Diharap program ini dapat membantu murid Tahun 1 menyesuaikan diri dengan aliran perdana sekali gus meningkatkan prestasi mereka sepanjang tahun.
Suasana sepanjang program berlangsung:
@sksambir2020
No comments:
Post a Comment