Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 12 November 2018

Program Perkhemahan Badan Beruniform

Pada 12 November 2018 (Isnin), Program Perkhemahan Badan Beruniform telah dianjurkan di SK Sambir, bertempat di padang bola sepak yang terletak di hadapan sekolah. Program tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam takwim kokurikulum yang dilaksanakan selepas musim peperiksaan akhir penggal. Ia juga merupakan aktiviti Pasca UPSR untuk murid Tahun 6.

Menerusi program tersebut, murid-murid diajar beberapa teknik perkhemahan seperti:
  • memasang khemah
  • menghidupkan api
  • memasak makanan
  • menguruskan kemandirian
Sebelum program dimulakan, semua murid yang terlibat dan guru-guru berhimpun di dewan terbuka sekolah untuk taklimat ringkas, terutama sekali soal keselamatan dan kebersihan ketika perkhemahan bermula. Pihak sekolah juga mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan bantuan kewangan KWAPM kepada murid yang layak.

Program tersebut bermula pada sekitar jam 8 pagi dan berakhir pada sebelah petang.

Galeri Program Perkhemahan Badan Beruniform 2018








@sksambir2018

No comments:

Post a Comment