Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 13 November 2018

Ceramah Pencegahan Jenayah

Pada 12 November 2018 (Isnin), Ceramah Pencegahan Jenayah telah diadakan di makmal komputer SK Sambir. Ceramah ini merupakan satu usaha pihak sekolah atas kerjasama PDRM bagi menyedarkan murid-murid mengenai jenayah di peringkat awal. Penceramah yang hadir pada hari tersebut ialah:

  • Sarjan Johari Din (Balai Polis Asajaya)
  • Koperal Rohah Kulai (cawangan khas IPD Samarahan/ pegawai perhubungan polis-sekolah)
Ceramah tersebut bermula pada jam sekitar 9:30 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Ceramah ini menekan bahaya jenayah, pencegahan dari pihak berkuasa dan suntikan nilai moral kepada murid agar tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Galeri Ceramah Pencegahan Jenayah



@sksambir2018

No comments:

Post a Comment