Pada 09 November 2018 (Jumaat), ceramah Yakult telah diadakan di makmal komputer SK Sambir. Ceramah Yakult disampaikan pada jam 8:10 pagi oleh wakil PR Yakult (Demak), Miss Liew Qing dan dihadiri oleh semua murid, guru-guru serta kakitangan sekolah.
Isi kandungan ceramah tersebut adalah seperti berikut:
- Perbezaan antara bakteria baik dan bakteria jahat
- Manfaat bakteria Shirota
- Kebaikan menjaga usus perut
- Mengenal pasti kesihatan usus melalui bentuk najis
- Peranan Yakult dalam penjagaan usus
Menerusi ceramah tersebut, Miss Chung telah menerangkan kedudukan usus apron istimewa Yakult yang dipakai oleh Siti Nur Bakyah dari kelas Tahun 6, kuiz kesihatan, dan juga tayangan cerita pendek mengenai bakteria Shirota. Ceramah tamat pada pukul 9:15 pagi.
Galeri Ceramah Yakult
@sksambir2018
No comments:
Post a Comment