Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 8 August 2018

Program Gotong Royong Prasekolah SK Sambir

Pada 8 Ogos 2018 (Rabu), program gotong royong prasekolah SK Sambir telah diadakan. Ia melibatkan guru prasekolah, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa murid. Sebelum gotong royong dimulakan, taklimat ringkas disampaikan kepada ibu bapa murid oleh Guru Besar SK Sambir, En. Issnu Bin Dollah.

Gotong royong merupakan aktiviti pihak prasekolah bersama ibu bapa- selain dari membincangkan kerja-kerja pembersihan ia sebenarnya memberi fokus ke arah mendekatkan hubungan antara  ibu bapa murid. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada mereka untuk menyelami pendidikan awal kanak-kanak melalui persekitaran tempat belajar anak-anak mereka, sekali gus mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah.

Aktiviti gotong royong bersama ibu bapa dilihat telah membantu persekitaran prasekolah menjadi lebih bersih, selesa dan selamat. Antara kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh ibu bapa murid ialah:
  • membersihkan tingkap dan siling
  • membersihkan ruang belakang prasekolah
  • membersihkan bekas-bekas makanan
  • membersihkan longkang dan tumbuhan rosak
  • mengemas ruang penyimpanan barang
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa murid yang sudi hadir untuk membantu dalam program gotong royong walaupun terdapat beberapa faktor kekangan seperti pekerjaan, menguruskan keluarga dan lain-lain.







@sksambir2018


No comments:

Post a Comment