Pada 17 Ogos 2018 (Jumaat), Program Antidadah peringkat SK Sambir telah dilaksanakan di Dewan Terbuka SK Sambir. Program ini merupakan satu pendedahan awal mengenai bahaya dadah dan kesan dadah terhadap individu, masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti:
- pertandingan mewarna dan pertandingan melukis poster (Isnin)
- ceramah bahaya dadah- selepas waktu rehat (Selasa)
- perhimpunan mingguan bertemakan bahaya dadah (Rabu)
Aktiviti yang diadakan pada hari Jumaat ialah:
- Pertandingan deklamasi sajak (bertemakan bahaya dadah) Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2
- Pertandingan persembahan boria (bertemakan bahaya dadah) Tahap 2.
Galeri Aktiviti Antidadah SK Sambir 2018
Pertandingan melukis poster antidadah Tahap 2
Pertandingan mewarna Prasekolah dan Tahap 1
Antara aktiviti yang berlangsung semasa Program Antidadah:
Program bermula dengan murid-murid berhimpun di Dewan Terbuka,
bacaan doa oleh adik Muhammad Wafiq dan tugas juruacara dilaksanakan
oleh adik Rabi'atul 'Adawiyah dan adik Mohamad Fitri.
Program diteruskan dengan bacaan ikrar, nyanyian
Lagu Negaraku dan Sarawak Ibu Pertiwiku.
Nyanyian lagu tema Dadah Durjana bersempena
dengan Program Antidadah.
Seterusnya, pertandingan deklamasi sajak dimulakan
dengan murid Prasekolah dan Tahap 1.
Pertandingan persembahan Boria dari Tahap 2
(Tahun 4, 5 dan 6)
Ucapan ringkas Guru Besar SK Sambir sebelum
sesi penyampaian hadiah.
Sesi penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna,
dan melukis poster, disampaikan oleh PK Pentadbiran.
Sesi penyampaian hadiah untuk pertandingan
deklamasi sajak prasekolah dan Tahap 1.
Sesi penyampaian hadiah untuk pemenang
pertandingan persembahan boria (Tempat pertama: Tahun 6,
Tempat kedua: Tahun 4, Tempat ketiga: Tahun 5).
Pemenang pertandingan boria berkumpul pada akhir program.
@sksambir2018
No comments:
Post a Comment