Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 2 August 2018

Kejohanan Bola Sepak 7'S 1 Murid 1 Sukan 2018

Pada 31 Julai dan 1 Ogos 2018, Kejohanan Bola Sepak 7'S 1 Murid 1 Sukan 2018 peringkat Samarahan telah berlangsung di padang bola sepak SK Mata Parang. Kejohanan tersebut merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Bank Rakyat (YBR).

8 buah sekolah rendah dari daerah Asajaya dan 8 buah sekolah rendah dari bahagian Samarahan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut dan SK Sambir telah menghantar pasukan yang terdiri daripada 12 orang murid, diiringi oleh 2 orang guru iaitu Cikgu Mohamad Ali Yusup dan Cikgu Abang Mohd. Syukur Abg. Husaini (merangkap seorang pengurus dan seorang pelatih). Pasukan SK Sambir telah mengikuti 3 perlawanan di dalam kejohanan tersebut, menentang SK Pinang, SK Jalan Muara Tuang dan SK Pendam. Pasukan SK Sambir diletakkan dalam Kumpulan B.

Keputusan perlawanan tersebut adalah seperti berikut:

Perlawanan pertama: seri

Perlawanan kedua: kalah

Perlawanan ketiga: kalah

Walaupun pasukan SK Sambir tidak dapat mara ke peringkat akhir kejohanan, seluruh warga sekolah mengucapkan syabas di atas usaha pasukan yang bertungkus lumus memberi persembahan yang baik sepanjang perlawanan. Diharap kejohanan ini memberi pengalaman kepada pasukan sekolah dan diberi peluang untuk menyertai kejohanan bola sepak yang akan datang.

@sksambir2018

No comments:

Post a Comment