Pada 9 Ogos 2018 (Khamis), ceramah HFMD telah disampaikan oleh Dr. Norhazemi dari Klinik Kesihatan Sambir di makmal komputer SK Sambir. Ceramah tersebut merupakan kempen kesedaran mengenai wabak penyakit tangan, kaki dan mulut yang sedang melanda di kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit yang menular melalui sentuhan langsung ke arah mangsa yang sudah dijangkiti (melalui air liur, lepuh atau najis) dan juga sentuhan ke atas permukaan yang tercemar dengan virus tersebut (alatan permainan, lantai, dinding, tong sampah dan lain-lain). Penyakit ini dibawa oleh virus Enterovirus 71 (EV 71) dan Coxsackie Virus A16 (COX A16).
Menerusi ceramah tersebut, penyakit HFMD diperjelaskan dari segi ciri-ciri wabak, statistik, gejala penularan dan kesan selepas dijangkiti. Kepentingan menjaga kebersihan diri merupakan salah satu langkah pencegahan awal bagi mengelakkan diri dari terkena jangkitan penyakit tersebut.
@sksambir2018
No comments:
Post a Comment