Pada minggu lepas, 16 Mei 2017 (Selasa), sambutan Hari Guru SK Sambir peringkat sekolah untuk tahun 2017 telah diraikan. Sambutan tersebut diadakan di ruang legar makmal komputer sekolah dan telah dikendalikan oleh ahli kumpulan pelaksana. Dengan tema yang sama seperti tahun lepas iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa', sambutan kali ini sederhana tetapi meriah dan pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan choral speaking Tahun 2, persembahan choral speaking 'Days at School' oleh kumpulan CS SK Sambir, deklamasi sajak, persembahan tarian prasekolah dan iringan koir murid untuk lagu tema Hari Guru.
AJK untuk sambutan Hari Guru tahun ini ialah:
Pengerusi: Mohamad Ali Yusup
Buku program: Nora Endo & Nur Azshieldha Sahran
PA system: Zuraimi Sulong, Kamarudin
Dokumentasi: Nur Azshieldha Sahran & Yunus Kawi
Peralatan: Shukor Hamdan, Norhailman, Zuraimi Sulong, Mohamad Ali Yusup
Galeri Sambutan Hari Guru SK Sambir 2017
Pengacara majlis sambutan Hari Guru, Haiqal Fathurrahman (Tahun 6) dan Rabiatul Adawiyah (Tahun 5) mengendalikan majlis dengan baik.
Sesi bacaan doa (diketuai oleh Ishral Raqib Taip, murid Tahun 6)
Perutusan Hari Guru dari KPM yang dibaca oleh Penolong Kanan 1 SK Sambir, En. Samsudin Uas
Sedikit ucapan dari YDP PIBG SK Sambir, En. Taip bin Gondah
Ucapan Hari Guru oleh Guru Besar SK Sambir, En. Issnu bin Dollah
Bacaan ikrar Hari Guru oleh semua guru SK Sambir
Nyanyian lagu Hari Guru dari para guru yang diiringi oleh koir SK Sambir
Acara potongan kek Hari Guru. Kek disediakan oleh pihak RMT SK Sambir
Persembahan choral speaking dari murid Tahun 2, dibimbing sepenuhnya oleh Madam Cynthia Tella
Pemberian sijil kecemerlangan dari pihak jabatan kepada guru-guru yang terlibat penuh dalam prestasi UPSR tahun lepas.
Deklamasi sajak Hari Guru yang disampaikan oleh dua orang murid Tahun 6
Cenderahati dari PIBG diserahkan kepada semua guru SK Sambir
Cenderahati dari GB SK Sambir kepada semua warga SK Sambir
Majlis berakhir dengan acara bermukun dan jamuan makan
@sksambir2017
No comments:
Post a Comment