Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 4 May 2017

Pertandingan Bola Sepak B12 SK Sambir

Pada 3 Mei 2017 yang lepas (Rabu), pasukan bola sepak B12 SK Sambir telah mengikuti pertandingan bola sepak yang berlangsung di SK Jaie. Saingan SK Sambir untuk perlawanan pertama ialah dari SK Pendam. Keputusan perlawanan pertama SK Sambir adalah seperti berikut:

SK Sambir vs SK Pendam
Keputusan: 2-0 (03/05/2017)

SK Sambir mara ke pusingan seterusnya dan saingan untuk perlawanan kedua ialah dari SK Beliong. Keputusan perlawanan kedua SK Sambir adalah seperti berikut:

SK Sambir vs SK Beliong
Keputusan: 5-0 (03/05/2017)

Untuk perlawanan yang ketiga, ia disambung pada hari seterusnya. Saingan ketiga untuk pasukan SK Sambir ialah SK Tanjung Apong. Keputusan perlawanan ketiga SK Sambir adalah seperti berikut:

SK Sambir vs Tanjung Apong
Keputusan: 0-1 (04/05/2017)

SK Sambir tidak dapat mengikuti pusingan seterusnya kerana tumpas pada perlawanan ketiga. Walau bagaimanapun, warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha dan kesungguhan pasukan SK Sambir dalam pertandingan bola sepak B12 kali ini.

@SKSambir2017

No comments:

Post a Comment