Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 15 May 2017

Perasmian Highly Immersive Programme (HIP) SK Sambir 2017


Pada Selasa lepas- 09 Mei 2017, Highly Immersive Programme (HIP) telah dilancarkan dan dirasmikan di SK Sambir. Program ini diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.


Sebagai sekolah yang dipilih untuk program tersebut, SK Sambir berpeluang untuk menyediakan perancangan aktiviti, melaksanakan aktiviti dan menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian. Antara aktiviti yang telah dipilih oleh guru yang bertanggungjawab mengendalikan HIP pada hari pelancaran ialah:

  • A Walk at Our English Lane
  • Hopscotch artwork
  • Choral Speaking
  • Quizzes
Selain itu, beberapa aktiviti ringan telah dijalankan dan akan diteruskan dalam usaha meningkatkan pemahaman dan penguasaan tatabahasa Bahasa Inggeris pada sebelah petang seperti:
  • Spelling bee exercise
  • Today's vocabulary
  • Learning and leisure games

Galeri Perasmian HIP SK Sambir 2017












@sksambir2017

No comments:

Post a Comment