Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 3 May 2017

Choral Speaking Peringkat Samarahan 2017

Pada tahun ini, Pertandingan Choral Speaking peringkat Samarahan telah diadakan di SK (A) Ibnu Khaldun, Samarahan. Pertandingan choral speaking yang berlangsung pada 02 Mei 2017 (Selasa) mendapat banyak penyertaan dan antara sekolah rendah di Samarahan yang mengikuti pertandingan ialah:
  • SK (A) Ibnu Khaldun
  • SK Iboi Pelanduk
  • SK Mata Parang
  • SK Asajaya Ulu
  • SK Tambay
  • SK Wira Jaya
  • SK Rembus
  • SK Haji Kelali Semera
  • SK Plaie
  • SK Dato Mohd. Musa
  • SK St. Michael
  • SK Jalan Muara Tuang 
  • SK Sambir (dan lain-lain)
Untuk pertandingan tersebut, peserta SK Sambir yang terdiri dari murid Tahap 2 diiringi oleh tiga guru pengiring iaitu En. Barawi Leman (PK HEM), En. Mohamad Ali Yusup (PK KK) dan Pn. Cynthia Tella (guru BI/choral speaking). Guru Bahasa Inggeris SK Sambir, Pn. Rhamina Austine Tinggie juga turut serta untuk menguruskan peserta SK Sambir seramai 32 orang. Sepanjang pertandingan berlangsung, peserta SK Sambir telah menunjukkan kebolehan, kepetahan dan juga kesungguhan mereka dalam menyampaikan persembahan menarik di hadapan juri. 

Pada akhir pertandingan, keputusan adalah seperti berikut:
  1. Tempat pertama: SK Tambay
  2. Tempat kedua: SK Sambir
  3. Tempat ketiga: SK (A) Ibnu Khaldun
Seluruh warga SK Sambir mengucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan Choral Speaking SK Sambir, tenaga pengajar dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kejayaan SK Sambir sebagai naib johan Choral Speaking Samarahan District 2017.

Galeri Choral Speaking Peringkat Samarahan 2017









Video Choral Speaking SK Sambir (Naib Johan Choral Speaking Samarahan 2017)



@sksambir2017

No comments:

Post a Comment